Nasi Dagang Terengganu Yang Sebenar

nasi dagang mak ngah

Table of Contents

Pagi ini CD sempat bersarapan dengan menu nasi dagang Terengganu yang sebenar di salah sebuah kedai sarapan pagi yang popular di Kuala Terengganu iaitu di Nasi Dagang Mak Ngah.

Kalau korang masih ingat isu nasi dagang kepala ikan tongkol sehingga RM40, inilah kedainya. CD rasa ini hanyalah salah satu strategi Mak Ngah nak mempromosikan nasi dagangnya. hehe, gurau je Mak Ngah jangan marah. Sejujurnya, CD memang tak pernah makan nasi dagang di Kedai Mak Ngah ni, sebab bagi CD nasi dagang yang sedap senang je nak cari di Terengganu.

Namun, terdetik di hati nak mencuba nasi dagang Mak Ngah yang sering digembar gemburkan sebagai nasi dagang Terengganu yang paling sedap di alam ini. Betul atau tidak kenalah rasa.

nasi dagang mak jah cendering

Lokasi Nasi Dagang Mak Ngah ni terletak berdekatan selepas Jambatan Kuala Ibai. Kalau korang dari bandar Kuala Terengganu, destinasi nasi dagang Mak Ngah ni terletak selepas Masjid Sultan Ismail.

restoran nasi dagang mak ngah terengganu

Lokasi kedai Mak Ngah juga terletak berdekatan dengan taman rekreasi petang-petang iaitu di Taman Rekreasi Chendering dan juga Taman Lagun Kuala Ibai. CD tiba di sini seawal pukul 9.30 pagi, tengoklah kereta berderet di tepi jalan. Punyalah ramai peminat Nasi Dagang Mak Ngah. Maklumlah sekarang ni musim cuti sekolah, mungkin ramai orang luar kot yang singgah.

Memang tak syak lagi, deretan kereta di tepi jalan memang hajat mereka nak singgah di Kedai Nasi Dagang Mak Ngah. Nak cari tempat duduk pun payah. Terpaksalah CD tunggu sekejap menunggu orang lain selesai makan.

Kalau tengok kat sini, selain nasi dagang Terengganu ada juga menu sarapan pagi lain seperti mee hoon, keropok lekor dan lain-lain.

Sedap ke Nasi Dagang Terengganu Kedai Mak Ngah ni?

Dari segi presentation memang menyelerakan. Dilapik dengan daun pisang dan kuahnya terus diletak di atas nasi dagang ni. Yang paling atas sekali tu ialah kalau tak silap CD ialah buah belimbimg muda dan rasa dia masam. Sesetengah orang ada juga letak buah mempelam putik sebagai ganti kepada buah belimbing ni.

Saksian pemain bola sepak Terengganu Issey Nakajima mencuba Nasi Dagang di sini. Apa katanya.


sumber video: TFA TV

Nasi Dagang Mak Ngah best ke?

Sebagai orang Terengganu, bermacam-macam jenis nasi dagang dah CD rasa. Secara peribadinya, apa yang boleh CD cakap tentang Nasi Dagang Terengganu Mak Ngah memang not bad !

Nasi dia lembut dan kuahnya boleh tahan juga sedap. NAMUN !! kalau tanya CD, nasi dagang yang paling sedap dan paling power ialah di Warung Nasi Dagang Pak Din di Dungun. Nasi Dagang Terengganu di Warung ini lebih kenyal dan lebih wangi kalau nak banding nasi dagang Mak Ngah ni. Dan kuahnya pula lebih likat dan rempahnya lebih keras ( p/s Warung Pak Din ni bukan sedara atau kawan CD punya yer :) )

Mungkin selera CD lain sket daripada peminat-peminat tegar Nasi Dagang Terengganu Mak Ngah. Apa-apa pun, korang kena cuba kedua-dua kedai ni dan nilai sendiri mengikut rasa dan selera masing.

Walaupun Nasi Dagang Terengganu di Warung Power masih terngiang-ngiang di tekak CD, namun habis licin jugak pekena nasi Dagang Mak Ngah ni ! hehe

Kalau rasa teringin nak pergi ke Nasi Dagang Mak Ngah ni, masukkan sahaja koordinat ini lat/lng: 5.274467,103.17423 ke dalam Waze. Insyaallah jumpa !!

4.2/5 - (22 votes)
Subscribe
Notify of
guest

46 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Haeriah
9 years ago

Nasi dagang khas Terengganu, sedap lah….

illa rozila
illa rozila
10 years ago

nasi dagang makngah ni mmg sedap dan tahan lama. kalau nak buat bekal dari tganu ke kl sampai malam pun x pernah basi…janji kuah letak asing…mmm yummyy…

abuya
11 years ago

tak leh beat nasi dagang kak pah batu burok.. thorrbaik

Miracle Vitamins
11 years ago

Sedapnya make nasi dagang ngan ikan aye…nyummy

Noriza Rahman
11 years ago
Reply to  Cari Destinasi

Memang susah nak jumpa yg betul2 kaw kat KL ni,kena pandai usha kedai makan yg best jual nasi dagang

afiz
afiz
11 years ago

Dah lama nak try nasi dagang kat sini tapi tak berpeluang lagi. Nampak macam sedap. =)

Habiah
11 years ago

Memang sedap nasi dagang mak ngah ni. Siap ada telo lagi. Kalau famili dari KL datang Trg, memang saya beli nasi dagang Mak Ngah sebab Abah suka makan. Selepas Subuh kena gi dah sebab ramai sangat yang beratur nak beli nasi dagang Mak Ngah ni. Kalau lambat, tak merasalah. Hehee… Mi goreng dia pun sedap.

Habiah
11 years ago
Reply to  Cari Destinasi

Sedap. Rasa masam2, pedas sikit. Tapi untuk anak2 mebi tak sesuai kot sebab anak2 saya makan agak pedas sikit dorang kata. Hehehe…

marz
marz
11 years ago

Saya ada trip ke KT cuti sekolah nanti. Ada cadangan selain pasar payang dan masjid kristal? Di mana boleh tgk aktiviti menenun songket n proses batik? Terima kasih

Baca Lagi

  • 24 Nov, 2013
Deretan gerai-gerai menjual lemang. Jangan lupa singgah kalau korang melalui jalan dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Tak kira...
  • 25 Nov, 2013
Kedai makan Chef Lek Kolam Seafood ni terletak di dalam daerah Kuala Terengganu dan kalau korang selalu lepak...
  • 9 Dec, 2013
Warung nasi dagang ini satu tempat makan pagi yang wajib anda datang kalau nak try makanan Terengganu yang...
  • 14 Mar, 2014
Baru-baru ini CD berkunjung ke salah sebuah kedai keropok lekor yang memang popular di Kuala Terengganu iaitu di...
46
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x

Find Your Next Destination