Tempat Makan BEST di Penang – Pilihan JJCM TV3

Kalau bercuti ke Penang tak sah kalau tak pekena nasi kandar, pasembur, char kuew teaw, rojak, kari, kurma, laksa penang dan macam-macam lagi. Jom kita tengok beberapa tempat makan best di Penang yang sudah ternyata memang popular sejak dahulu lagi serta menjadi pilihan rancangan Jalan Jalan Cari Makan di TV 3.


Jom kita lihat apa yang menarik di sini sehingga masuk rancangan JJCM TV 3 ni?


4 tempat makan BEST di Penang Pilihan JJCM TV3

Kalau nak cari tempat makan, semestinyalah kena rujuk rancangan makan-makan no 1 di Malaysia iaitu JJCM yang menjadi pilihan kita semua.

Ayuh kita lihat tempat-tempat makan pilihan ini di mana dan kenapa kedai-kedai makan ini begitu popular sehingga boleh masuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan di TV3.

“Bila Hidu Rasa Cerah Balik Mata…Dah TAK Ngantuk Drive Jauh-Jauh

Picit Butang Oren Di bawah Utk Info Lanjut

Baca Lagi >

1. Abang Misai Char Koay Teow

tempat makan best di penang

Kelas tagline kedai makan ni, Telur Ayam di Basuh ! Eh apa kena mengena? Yelah kebanyakan kedai char kuew teaw tak basuh telur ayam jadi mana tau ada terlekat kotoran di kulit telur dan bila dipecahkan untuk digoreng, cekeleput ! masuk dalam masakan. Tak bersih.

Jadi Abang Misai punya telur ayam semuanya dibasuh untuk menjamin kebersihan setiap masakannya. 3 menu utama di sini yang menjadi pilihan pelanggan-pelanggan di Penang ialah sudah tentu Char Kuew Teaw, Kuew Teaw Ala Cina dan Nasi Goreng Udang ! Besaq-besaq udang dia nak habaq mai !!

tempat makan menarik jjcm penang

Seperti kebanyakan kedai char kuew teaw lain, bila ditanya apakah bahan yang menjadikan masakan sesebuah char kuew teaw tu sedap, jawapannya mestilah kicapnya. Kicap hitam cair yang digunakan untuk memasak di sini buatan abang misai sendiri iaitu pemiliknya kedai makan ni.

jalan jalan cari makan penang

Memang susah nak cari Char Kuew Teaw yang sedap dan popular di tempat lain di Penang. Sinilah tempat dia. Kalau datang ke sini dan nak lagi puas hati, jangan lupa untuk order Char Kuew Teaw Special ! Baru banyak udang dan kerang dia ! Ada kick !

Ini dia alamat penuh siap dengan nombor telefon kedai Abang Misai Char Kuew Teaw. Anda boleh ikuti perkembangan Abang Misai Char Koay Teow di Fanpage mereka. Selamat mencuba !

Abang Misai Char Koay Teow
No 1 Medan Selera DKKKK Simpang Ampat,
Jalan Bukit Tambun,
14100 Simpang Ampat SPS
Pulau Pinang
019-4992726

2. Fisherman Grill

kedai makan menarik pulau pinang

Kalau nak merasa makanan laut yang segar dengan masakan jenis ala barat dan melayu sket-sket, boleh lah ke sini ! Dibuka setiap hari Selasa sehinggalah ke hari Ahad. Kalau nak makan tengahari bermula pukul 11.30 pagi sehinggalah ke pukul 2.30 petang.

Kalau lambat melepas lah sebab lepas pukul 2.30ptg kedai ni akan ditutup dan dibuka semula bermula 6 petang sehinggalah ke 10.30 malam.

makanan sedap penang mana

Dah nama pun Fisherman (Nelayan) jadi boleh kata semua makanan yang dihidangkan berasaskan makanan laut yang segar. Mereka akan menyediakan menu-menu berdasarkan ikan atau hidupan laut apa yang segar pada hari-hari tertentu.

Setiap hari pemilik kedai atau chefnya yang akan ke pasar untuk mencari ikan-ikan dan makanan laut untuk dijadikan menu masakan. Yang mana best dan fresh mereka akan beli dan masak dan hidangkan kepada pelanggan. Antara ikan yang menjadi menu wajib seperti siakap, jenahak, kerapu, kirisi bali (biji nangka), udang galah dan sebagainya.

Bagi yang alergik nak makan seafood, jangan bimbang Fisherman Grill juga ada menyediakan menu makanan yang berasaskan ayam, kambing dan lembu. Dan antara menu yang menarik di sini ialah Bombay Lamb !! Wow ! Ingat kari saja dari Bombay ! western pun ada !

Dan antara menu yang paling mendapat permintaan ramai di sini ialah Udang Harimau dengan Seafood Thermidor ! Fuyyo dia punya nama makanan, macam Terminator ! Kalau datang honeymoon, semestinya satu tempat makan menarik di waktu malam bersama yang tersayang di area Penang.

Macam mana rasa dia kena lah datang ke Fisherman Grill. Jangan lupa untuk salin alamat kedai makan ni di bawah ! Ikuti perkembangan Fisherman Grill di Facebook.

Fisherman Grill
300-X-1, Jalan Dato’ Ismail Hashim,
Desaria, Sungai Ara,
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang

3. Rockstarz burger

restoran menarik di penang jjcm

Bagi yang sukakan makanan berdaging, Rockstars Burger semestinya satu tempat makan menarik yang mesti dikunjungi di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Yang menariknya, kalau di kedai-kedai burger lain biasanya mereka mengkategorikan setiap saiz burger dalam menu dengan nama yang biasa-biasa kita dengar seperti burger L, XL dan XXL, berlainan pula di Rockstars Burger di Penang ni, mereka mengkategorikan saiz burger dalam bentuk rockstar !

Slow Rock, Heavy Rock dan Hard Rock !! Kalau Slow Rock Burger ni bermakna burger daging single, kalau Heavy Rock bermakna daging ada 2 keping dan kalau Hard Rock dagingnya 3 keping !

Daging burger di sini semuanya disiapkan sendiri oleh chef-chefnya dengan resepi yang tersendiri. Kalau di KL kita selalu dengar Burger Abang Burn dan mungkin Kaw Kaw Burger yang juga menyediakan daging burger buatan sendiri atau dengan kata lain homemade burger.

Dan nama-nama berger di sini pun berkonsepkan ala-ala muzik skit. Ada yang burger yang nama metallicheese ( seakan nama band rock Metalicca), Red Hot Chillez ( Burger Kari yang namanya macam Red Hot Chilli Paper), Santanaz ( Band Santana) dan juga My Carbonara Romance ( seakan nama band My Chemical Romance).

Memang menarik konsep dia tapi rasa dia macam mana? Sedap ke sampai boleh masuk JJCM TV 3 ni? Nak tahu kenalah rasa sendiri. Salin alamat penuh Rockstarz Burger di bawah. Ikuti perkembangan Rockxtarz Buger di halaman muka buku :)

Rockstarz burger
118 Taman Tunas Muda,
Jalan Dato Ismail Hashim,
Bayan Lepas,
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang

4. Restoran Hameediyah

nasi kandar sedap penang

Nasi Kandar yang paling lama bertapak di Lebuh Campbell, Penang sejak dari tahun 1907!! Itulah tagline Restoran Hameediyah ini yang terletak di Pulau Pinang ini yang dikatakan sangat popular di kalangan penduduk tempatan. Memang banyak nasi kandar di Pulau Pinang dan menurut orang-orang di sini, kalau nak rasa nasi kandar yang asli dan sedap, kena pergi ke Restoran Hameediyah.

Dan menurut sumber media tempatan, lebih lima puluh chef dari luar negara yang telah mengiktirafkan kesedapan menu-menu makanan dari Restoran Hameediyah ketika di majlis makan malam bersempena Festival Makanan Asia pada tahun 2014. Wow !

Seperti kebanyakan kedai makan nasi kandar yang lain, mereka juga menyediakan nasi beriyani, roti canai, masakan kurma, kari, dalcha sotong, okra, rojak dan juga murtabak. Penyanyi terkenal tanahair iaitu Datuk David Arumugan pun selalu ke sini untuk pekena murtabaknya yang sedap.

Kedai ini dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari pukul 11 pagi sehinggalah ke 11 malam. Kalau nak makan lauk tengahari yang fresh dan panas-panas, kenalah datang awal-awal. Kalau tak nanti melepas.

Populariti Restoran Hameediyah bukan sahaja di kalangan masyarakat tempatan bahkan pelancong dari luar negara juga. Sudah banyak rupanya media tempatan selain Jalan Jalan Cari Makan TV3 yang telah membuat liputan di Restoran Hameediyah.

Selain kerana rasanya yang sedap, harga makanan-makanan di sini juga berpatutan. Dan rasa dia dari dulu sampai sekarang sentiasa konsisten. Bukan seperti di setengah tempat, sekejap sedap sekejap tak. Tengok dia punya kari udang atas macam mahal. Tapi hanya antara RM 7- RM12 sahaja.

Apa lagi, salin alamat di bawah dan cari dalam waze ! Untuk maklumat terkini mengenai mereka, sila ke sini.

Restoran Hameediyah
164A Campbell Street,
Penang
04-2611095

p/s Terima kasih kepada JJCM TV 3 kerana berkongsi tempat makan best di Penang ini.

4 kedai makan yang best di Penang tak cukup untuk datang kalau cuti cuti satu Malaysia di sini ! Semestinya banyak lagi kedai makan yang sedap-sedap di sini. Yang menjadi tanda soalnya, kenapa ramai media-media tempatan membuat liputan di 4 destinasi makan makan yang ini? Hanya lidah sendiri yang boleh menjawabnya apabila ke Pulau Pinang nanti. Selamat makan !


Satu respon

  1. noor 16 Dis, 2016

Sila Komen

Sakit Pinggang Bila Drive Jauh?> Cuba Ini <

Sila SHARE