Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

Tempat Membeli Belah di Melaka

Bercakap mengenai tempat membeli belah di Melaka, pilihan destinasinya memanglah tidak sebanyak di Kuala Lumpur ataupun di Selangor. Namun sekiranya anda ingin cuci cuci mata dan membeli barangan harian, pakaian ataupun cenderahati sebagai ole-ole bolehlah berkunjung ke salah satu tempat shopping di bawah.

Destinasi di bawah ini memang sesuai untuk dilawati sebagai pelengkap percutian ke Melaka kelak.


Destinasi menarik di Melaka untuk beli belah

jonker walk melakaJonker Walk – Tempat membeli ala pasar yang sesuai untuk mencari barangan cenderahati, barangan antik dan kraftangan. Banyak gerai dibuka di sepanjang Jonket Street dan kebiasaanya ditutup lewat malam pada hujung minggu. Boleh dikira satu destinasi yang ideal untuk anda luangkan masa cuci-cuci mata di sini pada waktu petang sehingga malam terutamanya di pasar malam pada hari Jumaat & Sabtu. Dari dahulu sampai sekarang memang banyak pembangunan di sekelilingnya yang kini banyak tumbuhnya shop lot, kedai barangan antik dan juga restoran-restoran.


Freeport A Famosa Outlet melaka premium outletFreeport A’Famosa Outlet – Destinasi membeli belah di Alor Gajah, Melaka yang baru dibuka tahun 2015 dan menempatkan lebih 70 outlet fesyen, barangan sukan dan aksesori yang berjenama antarabangsa seperti G2000, Nike, PlayBoy, Vero Moda, Puma, Nike dan sebagainya. Destinasi ini dikatakan berkonsepkan ala-ala seperti JPO di Johor di mana barangan yang dijual di sini juga lebih murah dari kebanyakan destinasi lain. Ada juga sesetengah orang yang menggelarkan destinasi ini sebagai Melaka Premium Outlet. Selain itu, landskap sekitarnya yang mempunyai taman dan tasik serta binaan kompleks bangunannya juga sangat menarik walaupun hanya sekadar untuk bersiar-siar cuci cuci mata.


Mahkota Parade melakaMahkota Parade – Sebuah lagi shopping mall di Melaka yang popular dengan ciri reka bentuk Portugis & Belanda, namun tidaklah sebesar Dataran Pahlawan Mall. Di sini juga ada ratusan shop lot untuk membeli belah, food court dan restoran makan yang beraneka pilihan. Sering menjadi kunjungan warga setempat untuk jalan-jalan di hujung minggu samaada untuk makan-makan atau untuk hiburan seperti panggung wayang.


tempat membeli belah menarik melakaHatten Square Suites & Shoppes – Sebuah pasaraya empat tingkat dan 7 tingkat tempat letak kereta yang hanya berada di dalam bandar Melaka di Jalan Merdeka. Kompleks membeli belah ini mempunyai banyak outlet kedai yang menjual produk terutamanya produk gaya hidup yang berjenama antarabangsa seperti Braun Buffel, H&M, Hello Fashion House, MHII dan sebagainya. Selain itu, bangunannya juga bersambung dengan tempat shopping lain yang terkenal di sini seperti Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.


Dataran Pahlawan Megamall MelakaDataran Pahlawan Megamall Melaka – Sebuah shopping mall yang bersebelahan dengan Melaka Raya Mall dan bersambungan dengan Hotel Hatten melalui jambatan di aras 2. Mempunyai banyak lot kedai untuk shopping dan juga tempat makan yang menarik. Di dalam terdapat sebuah tempat membeli barangan cenderahati yang popular iaitu Heritage House. Lokasinya yang strategik di tengah bandaraya serta berdekatan dengan beberapa lagi tarikan membeli belah lain menjadikannya salah satu destinasi wajib untuk dilawati samaada untuk mencari barangan, lepak-lepak atau mungkin beli cenderahati.


tempat shopping bandar hilir melakaMedan Samudera – Terletak hanya bersebelahan dengan Muzium Samudera, di Bandar Hilir destinasi ini merupakan bangunan dua tingkat yang menempatkan beberapa lot kedai yang menjual barangan cenderahati seperti kraftangan, keychain, baju & sebagainya sesuai untuk pelancong mencari buah tangan. Terdapat kemudahan awam untuk pengunjung di sini seperti tandas awam, foodcourt, surau & kawasan parking kereta yang dekat.


tempat membeli belah di melakaMydin Hypermarket – Seperti juga di mana-mana pasaraya Mydin di Malaysia, destinasi ini merupakan destinasi membeli belah di Melaka yang popular untuk mencari barang harian ataupun untuk makan-makan yang terletak di Bandar Jasin Bestari, Mukim Ayer Panas. Seperti juga di pasaraya Mydin lain, ianya terkenal dengan tempat beli barangan harian dan pakaian yang murah yang boleh anda lawati kalau bermaustatin lama di Mukim Ayer Panas, Melaka.


Melaka Batik HouseMelaka Batik House – Bagi mereka yang sukakan fabrik dan kain batik samaada untuk dibeli sebagai cenderahati ataupun kenangan, anda boleh ke Melaka Batik House yang terletak di Ayer Keroh berdekatan dengan Melaka International Trade Centre. Destinasi ini dimiliki oleh Noor Arfa Batik Sdn. Bhd iaitu jenama batik yang sangat popular di Terengganu. Selain batik, pengunjung juga boleh membeli kain sutera, songket dan samping yang kualitinya sama seperti di Terengganu. Di sini juga pengunjung berpeluang untuk menyertai kelas atau demo cara mencanting batik dan mewarnanya.


kota fesyen ayer keroh melakaKota Fesyen MITC – Terletak di Melaka International Trade Centre, Ayer Keroh, destinasi ini menempatkan deretan lot-lot kedai yang menjual tekstil dan kain-kain ela. Mungkin tidak semeriah dan sebesar di Gedung Tekstil di Nilai, tetapi masih mempunyai beberapa pilihan produk tekstil menarik untuk buat survey ataupun untuk dibeli sebagai buah tangan.


Itulah dia beberapa destinasi tempat membeli belah di Melaka yang popular dan boleh anda kunjungi samaada untuk shopping ataupun sekadar mencuci mata. Sekian, wassalam.

4.1/5 - (8 votes)

Anda Mungkin Berminat

Muzium Kapal Selam Melaka – Harga Tiket & Apa Menarik di sini

Muzium yang mempamerkan informasi bersejarah, adat resam, budaya & keagamaan memang banyak di Malaysia dan boleh dikatakan semua negeri ada. Tetapi muzium kapal selam...

8 Chalet Menarik di Kuala Linggi yang Anda Perlu Kunjungi

Siapa yang tidak kenal dengan negeri Melaka, bandaraya bersejarah yang sering menjadi tumpuan pelancong tidak kira tempatan mahupun luar negara. Untuk pengetahuan anda, Melaka...

Limastiga Villa Melaka: Penginapan di alam semulajadi yg aman

Selamat datang di Limastiga Villa, sebuah destinasi yang memikat hati di tengah-tengah keindahan alam dalam negeri Melaka. Terletak di kawasan yang tenang dan damai,...

Masjid Selat Melaka – Tempat Menarik di Bandar Melaka MESTI datang

Beberapa negeri di Malaysia seperti Terengganu, Kedah, Perlis & Sarawak mempunyai masjid terapung ikonik negeri yang menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri masing-masing....

7 Homestay di Alor Gajah yang Pasti Anda Suka!

Alor Gajah merupakan daerah yang tidak asing lagi bagi pengunjung yang suka bercuti ke Melaka. Antara tempat-tempat menarik yang boleh anda add to list...

Top 10 Kereta Sewa di Melaka Yang Best & Murah

Melaka pernah diisytiharkan sebagai Bandar Warisan Dunia dan juga Melaka Maju pada tahun 2010. Walaupun negeri Melaka adalah kecil, namun banyak tempat menarik dan...

2 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
haziqhakimi
1 year ago

idea yang bagus

Rahsia income pasif 2016
Rahsia income pasif 2016
7 years ago

best jalan2 ke melaka ni….tapi hujung minggu atau musim cuti mesti jem…huhu

Hubungi Kami

2
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x