Muzium 3D Penang – Destinasi Riang Ria Kanak-Kanak di Penang

Bercuti ke tempat menarik di Penang bersama anak-anak sudah tentulah kita mencari destinasi yang akan membuatkan kanak-kanak seronok & ghairah sampai lupa nak balik. Salah satu destinasi menarik di Pulau Pinang yang boleh anda bawa keluarga & anak-anak ialah di Muzium 3D Penang atau juga dikenali dengan Penang 3D Trick Art Museum.

Sila baca seterusnya untuk melihat tips-tips ke sini termasuk dengan informasi penting seperti waktu operasi, harga tiket, diskaun & juga tempat letak kereta.


Harga tiket & waktu operasi Muzium 3D Penang

Sila bawa MyKad & MyKid masing-masing ketika membeli tiket untuk dapatkan harga promosi MyKad/MyKid. Berikut merupakan bayaran harga tiket masuk ke Penang 3D Trick Art Museum yang boleh anda beli di kaunter tiket di bahagian pintu masuk.

  • Dewasa ( 13 tahun & keatas)
    • Ada MyKad: RM 15/pax
    • Tiada MyKad: RM 25/pax
  • Kanak-kanak ( 3 tahun – 12 tahun)
    • Ada MyKid: RM 10/pax
    • Tiada MyKid: RM 15/pax
  • Pelajar & Warga Emas (60 tahun & keatas)
    • Ada MyKad: RM 10/pax
    • Tiada MyKad: RM 15/pax
  • Harga tiket untuk kanak-kanak bawah ketinggian 100 cm PERCUMA.

Waktu operasi Muzium 3D Penang:

  • Isnin-Jumaat: 9.00 am – 6.00 pm
  • Sabtu/Ahad: 9.00 am – 10.00 pm

Alamat: 10 Lebuh Penang, 10200, Georgetown, Penang

Muzium ini bertempat di salah satu lot di satu deretan bangunan dua tingkat yang hanya 3 minit berjalan kaki dari Padang Kota Lama.


Cadangan waktu ke Muzium 3D Penang

 

Lokasi Muzium 3D Penang ini terletak tidak jauh dari beberapa tempat menarik lain di Penang seperti Padang Kota Lama & Fort Cortwallis. Jadi kalau anda merancang ke muzium ini, seeloknya datang awal pagi atau waktu tengahari. Walaupun panas di luar namun tiada masalah di dalamnya kerana Muzium Penang 3D ini ada aircond. Sesudah puas berseronok & bergambar, waktu petangnya bila cuaca dah redup sikit bolehlah pula bersantai di kawasan yang terbuka seperti di Padang Kota Lama. Kalau dah terlajak ke sini jangan lupa untuk singgah ke Esplanade Park Food Court untuk mencuba mee sotong & coconut shake.


Tempat & harga parking kereta

harga parking kereta penang
kawasan parking sebelah fort cornwallis

Sekiranya anda ke Muzium 3D Penang dengan kereta, tempat yang paling ideal untuk parking adalah di kawasan parking berbayar di sebelah Fort Cornwallis. Ini kerana berhadapan dengan Muzium 3D Penang, jalanraya yang ada tidak disarankan untuk parking kereta kerana jalannya agak sempit & bilangan kotak parking pun terhad. Kalau waktu cuti sekolah faham-faham sajalah dengan kebanjiran pelancong ke sini & memang susah nak parking.

Harga parking kereta di sebelah Kubu Cornwallis juga berpatutan iaitu RM 2 untuk sejam pertama & RM 1 untuk jam berikutnya. Apa yang penting kereta selamat dan jauh dari jalan utama yang selalu sesak dengan lalu lintas. Hati pun senang tak gundah gulana takut diseret kenderaan lain & kalau parking di bukan tempat khas silap haribulan kena clamp dengan bandaran. Di samping itu, boleh terus ke Padang Kota Lama & tak perlu susah-susah nak alih kereta ke tempat lain. Jom Baca: Apa Menarik di Bukit Bendera


Apa itu Penang 3D Trick Museum?

 

Seperti namanya 3D Trick Art merupakan satu teknik penghasilan mural bergambar timbul yang kalau dilihat dari sudut tertentu ianya seolah-olah macam gambar yang dalam keadaan realistik bertiga dimensi.  Mengikut Dewan Bahasa & Pustaka & Wikipedia perkataan muzium lebih sinonim kepada perkara/koleksi yang ada nilai sejarah. Walaupun sekali lihat destinasi ini lebih kepada galeria riang ria namun ada nilai sejarah yang nak ditonjolkan tetapi dalam pendekatan yang berbeza daripada muzium biasa & cara yang lebih menyeronokkan terutamanya untuk kanak-kanak.

Muzium 3D Penang ini menempatkan lebih 30 jenis mural 3D di dalam 2 tingkat bangunan. Aras pertama bangunan penceritaan mural-muralnya lebih kepada nilai budaya sejarah seperti permainan tradisional, kenderaan tradisional, suasana dahulu kala & sebagainya. Di aras keduanya lebih kepada mural 3D yang bertemakan watak animasi & babak popular dalam filem. Kalau anda seorang guru sekolah yang bercadang nak buat lawatan sambil belajar di Penang, destinasi ini boleh dikira muzium di Pulau Pinang yang ideal untuk belajar sejarah dengan pendekatan yang lebih mesra kanak-kanak. Jom baca: Aktiviti Wajib Buat di Pantai Batu Feringgi


Wajib bawa kamera

 

Hukum bawa kamera kalau dah datang ke destinasi sebegini sudah tentu wajib namun kalau anda tiada kamera tidak bermakna berdosa. Pengunjung yang ke sini tidak dikenakan apa-apa cas untuk membawa kamera sendiri baik smartphone atau DSLR sebesar kuali. Walaupun anda datang ke Muzium 3D Penang ini secara solo, staff-staff di sini sentiasa berkeliaran untuk membantu pengunjung. Malah mereka turut memberi tunjuk ajar cara action yang betul & cara ambil gambar dari sudut yang betul supaya photo yang dihasilkan nampak lebih realistik & ceria.

Sekiranya kamera anda hanya berspesifikasi biasa-biasa sahaja dan inginkan beberapa gambar yang lebih profesional sebagai kenangan, boleh beli di kaunter di dalam muzium ini. Sebaiknya berbincang dengan staff di sini yang memegang kamera canggih untuk mengambil gambar anda di mural yang berkenan di hati. Baru puas hati.


 

Bagi yang ber’backpacking’ secara solo, mungkin berkunjung ke Muzium 3D Penang ini secara berseorangan agak kurang seronoknya kerana tiada teman yang boleh diajak bergelak ketawa. Namun kalau anda bercuti ke Pulau Pinang secara berkumpulan dengan rakan-rakan, sangat dicadangkan untuk terjah muzium ini.


 

Bagi anak-anak, aras dua lebih membuatkan mereka ghairah kerana mural-mural yang ada lebih dekat dengan jiwa mereka. Pelbagai watak kartun animasi & babak filem kartun yang ada di sini yang pasti membuatkan mereka tak senang duduk menatap kartun-kartun yang sangat realistik.

Memang banyak tarikan gambar & perkakasan yang ada di sini dalam menghidupkan suasana sesuatu mural. Nak habiskan lebih 30 mural dalam bangunan 2 tingkat ini memang sangat lama munkin lebih sejam lamanya. Seandainya anda datang ke sini waktu peak hour seperti cuti sekolah, jawabnya lagi lama kerana nak beratur menunggu giliran untuk ambil gambar di setiap gambar-gambar 3D di sini.


Akhir kata, jangan lepaskan peluang untuk ke muzium ini sekiranya menginap di hotel sekitar Georgetown, Penang. Satu destinasi menarik untuk quality time bersama yang pasti membuatkan anda sekeluarga tak kering gusi. Semoga lawatan anda ke Muzium 3D Penang menjadi satu memori indah pada cuti sekolah nanti untuk riang ria bersama keluarga mahupun rakan-rakan seperjuangan. Wassalam.

4.5/5 - (17 votes)

Anda Mungkin Berminat

50+ Tempat Makan Best di Penang Paling TOP Untuk Pelancong

Memang betul, kalau bercuti di Penang lebih 2 hari anda perlu bawa seluar bersaiz 2 cm lebih besar daripada saiz normal pinggang anda kerana...

Pantai Batu Ferringhi – Aktiviti Menarik WAJIB CUBA

Pantai Batu Ferringhi mempunyai beberapa tarikan tepi pantai yang sesuai untuk anda sekeluarga lawati samaada untuk santai-santai atau melakukan aktiviti-aktiviti sukan air seperti bermain jet...

Kota Cornwallis – Kubu Bersejarah Pulau Pinang

Antara tempat bersejarah di Pulau Pinang yang popular yang sering kali menjadi kunjungan pelancong adalah Kubu Cornwallis yang dipercayai berusia lebih 200 tahun. Fort...

10 Restoran Nasi Kandar di Pulau Pinang yg BEST

Pulau Pinang, terkenal dengan pelbagai hidangan kuliner yang lazat. Antara pelbagai hidangan yang menarik, satu hidangan tempatan ikonik yang sering mencuri perhatian orang ramai...

57+ Tempat Menarik di Penang Yang Popular & Wajib Dilawati Pelancong

Syurga makanan. Itulah yang boleh disimpulkan dengan Pulau Pinang. Sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia yang terkenal dengan jolokan nama Pulau Mutiara & terkenal...

Top 10+ Kereta Sewa di Penang Yang TERBAIK & Murah

Pulau Pinang atau dipanggil Penang yang terletak di utara Semenanjung Malaysia mempunyai pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi. Antara tempat menarik di Penang seperti Pantai...

1 komen

Subscribe
Notify of
guest

1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Anisah
Anisah
7 years ago

Blh mintak harga diskaun tak kalau datang berkumpulan n harga untuk oku

Hubungi Kami

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x