Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

69+ Tempat Menarik di Pahang Paling POPULAR Untuk Pelancong Lawati

Isi Kandungan

Negeri Pahang Darul Makmur yang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia menjanjikan pelbagai jenis tarikan pelancongan untuk dilawati. Memandangkan negeri Pahang ini terlalu besar, sudah tentu kalau bercuti di sini 2-3 hari memang tidak memadai untuk anda terokai kesemua tempat menarik di Pahang. Bagi yang belum pernah ke Pahang, senarai di bawah ini pasti ada jawapannya untuk apa jua kategori & apa jua minat anda. Samaada anda inginkan destinasi percutian di pantai peranginan yang cantik, pulau yang indah, kawasan peranginan di altitud tinggi, resort tepi pantai yang romantis ataupun di taman tema yang menyeronokkan, Pahang ada semua itu.

Bercakap pasal makanan tradisional & makanan popular orang Pahang, memang banyak pilihan yang boleh anda cuba. Pilihan menu makanan & destinasi makan menarik untuk acara jalan jalan cari makan anda di Pahang, pasti tidak akan mengecewakan. Hari ini, mari kita terokai kesemua destinasi pelancongan menarik di Pahang untuk dilawati termasuk dengan peta lokasi, harga tiket, pilihan hotel terdekat & waktu operasi. Info-info penting ini pasti akan memudahkan anda untuk merancang percutian di Pahang kelak.

69+ Destinasi Pelancongan & Aktiviti-Aktiviti Menarik di Negeri Pahang Darul Makmur


Tempat Alam Semula Jadi Yang Menarik

1. Taman Negara

 taman negara pahang aktiviti menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tempat menarik di Pahang yang cukup popular bagi mereka yang inginkan aktiviti dalam hutan yang mencabar dan berada dalam suasana hutan yang masih kekal keasliannya. Terdapat banyak pilihan chalet dan penginapan yang menawarkan aktiviti outdoor menarik untuk dilakukan seperti junggle trekking, rapid shooting, santuari kelah, menerokai gua, melawat perampungan orang asli, canopy walk dan sebagainya.

Bagi yang ingin menganjurkan acara seperti family day, team building & kem motivasi, destinasi Taman Negara di Pahang ini perlu anda pertimbangkan untuk lawati. Sekali sekala bercuti jauh dari kawasan bandar bersama keluarga & rakan-rakan sepejabat memang satu pengalaman yang cukup menarik untuk anda rasai. Selain mengeratkan silaturahim, bolehlah menghayati keindahan alam flora fauna yang ada di sini & mempelajari betapa pentingnya penjagaan alam ini untuk keseimbangan ekosistem di negara kita. Tidak keterlaluan untuk dikatakan, Taman Negara di Pahang ini merupakan destinasi yang paling menarik di Semenanjung Malaysia untuk anda mendekatkan diri dengan alam semulajadi & khazanah hutan simpan negara kita.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Baca Lagi

  • Taman Negara Pahang, Kuala Tahan, Pahang

  • Destinasi taman negara ( sepanjang tahun)


2. Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

taman warisan gua gelangi pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang suka aktiviti pengembaraan, salah satu destinasi menarik yang ada di Pahang adalah di Taman Warisan Gua Kota Gelanggi yang terletak hanya 30 km dari Jerantut, Pahang. Kompleks Gua Kota Gelanggi yang berusia jutaan tahun ini mempunyai 7 buah gua utama yang terletak tidak jauh antara satu sama lain. Dahulunya gua-gua ini mewakili kota-kota lama seperti Kota Angin, Kota Gelap, Kota Tongkat & sebagainya. Kini nama ‘kota’ sudah ditukar menjadi Gua Angin, Gua Gelap, Gua Tongkat & sebagainya. Antara gua yang paling mencuri tumpuan di sini  adalah Gua Tongkat kerana anda boleh melalui gua ini dengan kereta di bawahnya. Banyak pelancong yang singgah di sini untuk sesi fotografi & ada juga penduduk setempat yang jadikan Gua Tongkat ini sebagai tempat wedding photoshoot memandangkan akses jalan raya ke sini dengan kenderaan sangat mudah tanpa perlu meredah hutan.

Bagi yang nak lebih cabaran, bolehlah menerokai gua-gua lain yang ada di sini seperti Gua Potret, Gua Angin, Gua Sanding, Gua Gajah & sebagainya. Ada gua yang perlu anda meredah hutan & ada juga gua yang perlukan sedikit pendakian. Namun, laluannya tidaklah terlalu ekstrem & sesuai untuk beginner. Percaya atau tidak, di sini juga ada formasi stalagtit & stalagmit yang sangat besar yang dipercayai berusia jutaan tahun lamanya. Paling mengujakan di sini, ketika melihat tirai gua ( cave curtain) yang bersinaran seperti permata berlian apabila disuluh dengan cahaya lampu. Tahukan anda, pembentukan untuk hanya 1 cm cave curtain memerlukan masa antara 60 tahun – 100 tahun. Satu tempat menarik di Pahang yang sangat perlu anda terokai untuk melihat sendiri keindahan gua-gua di sini yang setanding dengan gua-gua popular di Malaysia yang lain seperti gua yang ada di Borneo & juga Negeri Perlis.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-4718450 | Facebook | Instagram | Website

  • Kampung Sungai Batu, 27070 Jerantut, Pahang

Waktu Operasi Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

  • 8.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Taman Warisan Gua Kota Gelanggi

  • Dewasa: RM 5.00
  • Kanak-kanak: RM 3.00

*Taman Warisan Gua Kota Gelanggi ini diselenggarakan oleh Felda Residence.
*Terdapat juga pakej untuk aktiviti seperti rock climbing, abseiling, jungle trekking dan perkhemahan di dalam gua.
*Penginapan terdekat. Felda Residence Tekam


3. Gua Charas Kuantan

gua charas kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang suka menerokai gua & melihat keunikan formasi stalagtit/stalagmit, apa kata ke Gua Charas yang hanya terletak kira-kira 40 minit dari Bandar Kuantan. Gua Charas menjadi tumpuan pengunjung bukan sahaja kerana keunikan bentuknya, malah turut menjadi kunjungan pengunjung yang beragama Buddha & Hindu. Di dalam gua ini juga terdapat beberapa patung Buddha & yang paling menjadi tumpuan pelancong adalah patung Buddha tidur. Walaupun ianya sebuah tempat suci bagi penganut Buddha & Hindu, tiada halangan untuk sesiapa sahaja yang ingin melawat ke sini bagi melihat keunikan Gua Charas.

Akses dengan kereta ke sini juga mudah & pengunjung perlu menaiki tangga untuk masuk ke pintu gua. Cabarannya tidaklah terlalu ekstrem & kemudahan fasiliti pengunjung untuk menerokai gua ini sangat terjaga memandangkan ianya sering menjadi kunjungan orang setempat untuk tujuan keagamaan Buddha & Hindu. Pada waktu tengahari, pemandangan di dalam gua ini juga sangat menarik kerana sinaran matahari yang memancar masuk menerusi lubang-lubang gua.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Gua Charas, 26090 Kuantan, Pahang

  • 9.00 am – 5.00 pm

  • RM 2.00/seorang
  • RM 3.00 untuk parking kereta


4. Kuantan River Cruise

 kuantan river cruise menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang bercuti di Kuantan, salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah menyelusuri Sungai Kuantan untuk melihat keindahan kawasan sungai & juga kawasan paya laut. Lokasi jetinya hanya bersebelahan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan & boleh jalan kaki kalau menginap di hotel seperti Hotel Sentral Kuantan, The V Hotel atau Season View Hotel Kuantan. Bergantung kepada pakej yang dipilih, anda akan menyelusuri Sungai Kuantan ini dengan menaiki bot panjang yang boleh memuatkan maksimum 12 orang. Pengalaman menaiki bot laju sebegini sebenarnya terasa lebih adventure berbanding naik cruise yang besar seperti river cruise di Bandar Kuala Terengganu. Setiap pelancong disediakan life jacket untuk tujuan keselamatan & penerangan daripada pengemudi bot.

Selepas beberapa minit menaiki bot, anda akan berhenti di jeti lain &  dibawa ke kawasan hutan paya laut. Di sini, terdapat platform jalan kaki berkayu yang selamat untuk pelancong berjalan & melihat keindahan flora fauna hutan paya laut. Pelbagai tumbuhan menarik yang boleh anda lihat di sini seperti pokok bakau kurap, pokok bakau minyak, nyireh bunga & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6011-16471617 | Facebook | Website

  • Jalan Tanah Putih, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Kuantan River Cruise

  • Trip hanya 12 kali sehari
  • 9.00 am – 9.00 pm

Harga Pakej Kuantan River Cruise

  • Trip Muara Sungai :
    • RM 280 / trip
    • Tempoh: 60 minit
    • 1-5 orang
  • Trip Taman Bakau:
    • RM 280 / trip
    • Tempoh: 60 minit
    • 1-5 orang
  • Trip Kombo ( Trip Muara Sungai + Trip Taman Bakau):
    • RM 480 / trip
    • Tempoh: 120 minit
  • Trip Kelip-Kelip
    • RM 380 / Trip
    • Tempoh: 120 minit
    • 1-5 orang

Tempahan/Soalan:  Sila hubungi Kaunter Tiket Kuantan River Cruise di talian:

  • 011-10663202 (Bahari)
  • 019-743 1988 (Zainal)


5. Lata Berkoh

lata berkoh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Lata Berkoh merupakan salah satu lokasi di taman negara Pahang yang anda boleh pergi untuk merasai keindahan alam semulajadi yang menenangkan. Anda boleh ke sini dengan meredah hutan daripada Kuala Tahan ataupun nak lebih cepat, anda boleh naik bot yang menelan masa 20 minit sahaja. Biasanya orang akan naik bot kerana pengalaman menaiki bot meredah sungai yang deras ini sangat mengujakan. Akan tetapi, bot akan berhenti lebih kurang 1 km sebelum sampai ke sini kerana keadaan sungai yang berbatu. Jadi, anda perlu berjalan lebih kurang 10 minit. Kalau bawa anak-anak kecil tu kurang sesuai kerana agak mencabar sikit.

Untuk bermandi-manda di sini memang tidak digalakkan kerana arus air yang sangat deras dan laju. Memang sangat bahaya dan anda akan mudah hanyut. Kalau nak mandi sekalipun anda boleh ke kawasan yang cetek dimana air tidak terlalu deras. Berhati-hati juga dengan batu-batuan yang licin ketika pijak batu.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 0126584456 | Website

  • Tamannegara2u, Sungai Tahan, 27020 Kuala Tahan, Pahang

  • Ahad – Khamis: 8.00 am – 4.00 pm
  • Jumaat: 8.00 pm – 12.00 am
  • Sabtu: 12.00 am – 4.00 pm

  • Boat tour: bermula dari RM240 untuk 4 orang


6. Taman Negara Sungai Relau

taman negara sungai relau

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sebagai negeri yang terkenal dengan taman negara, Taman Negara Sungai Relau memang salah satu destinasi yang wajib anda kunjungi kalau nak menghirup udara segar dan melihat pelbagai flora dan fauna. Bagi pencinta alam, tempat ini memang syurga kerana ada banyak jenis flora yang anda boleh lihat. Tapi anda kena berhati-hati sikit ya masuk taman negara kerana banyak haiwan liar di sini seperti babi hutan dan ular. Pacat juga taknak kalah tau kat sini kerana memang banyak.

Di sini pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan seperti mendaki Gunung Tahan dan bermandi-manda di air terjun. Kalau anda nak mendaki lebih baik anda berkomunikasi dahulu dengan renjer hutan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Selain itu, anda juga boleh membayar khidmat juru pandu yang akan membawa anda ke Gunung Tahan selama beberapa hari. Untuk maklumat lanjut sila ke laman web mereka.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 09-915 0214| Facebook | Website

  • Taman Negara Sungai Relau, Kampung Merapuh Lama, 27210 Kuala Lipis, Pahang

  • 9.00 am – 5.30 pm kecuali Ahad

  • Permit – RM 1
  • Lesen memancing – RM 20 setiap satu joran
  • Lesen kamera – RM 5 setiap satu unit kamera
  • Tapak perkhemahan – RM 1 seorang/semalam
  • Pacuan empat roda RM 24 seorang (minima 4 orang)
  • Pacuan empat roda kurang 5 orang – RM 100 satu kumpulan


7. Tasik Bera

tasik bera

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tasik Bera merupakan salah satu daripada tasik yang terkenal di negeri Pahang. Tasik air tawar ini merupakan sebuah tasik semula jadi yang menjadi rumah kepada beberapa spesis ikan air tawar seperti ikan Arowana. Ianya juga menjadi sumber hasil bumi kepada orang asli yang tinggal berhampiran tasik ini. Anda yang datang bercuti ke sini dapat melihat keindahan dan merasai sendiri ketenangan tasik yang dilindungi oleh kerajaan.

Ada beberapa aktiviti yang anda boleh lakukan di sini tau. Antaranya ialah berkayak dan meredah hutan. Memang best dapat berkayak di tasik yang luas terbentang ni. Akan tetapi, kalau anda jenis yang takut air tu, anda boleh jelah duduk tepi dan melihat pemandangan. Bagi aktiviti meredah hutan, anda tidak boleh sesuka hati meredah sendiri. Anda perlu mendapatkan pemandu yang arif tentang kawasan ini. Bukan senang tau nak meredah hutan lagi-lagi kalau anda bukan pakar.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Website

  • Lake Bera Resort Kompleks Pelancongan Tasek Bera 28200 Bandar Bera Pahang Darul Makmur

  • Setiap hari

Percuma


Air Terjun Menarik

8. Air Terjun Pelangi

Air Terjun Pelangi sungai lembing pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Indah seperti namanya, air terjun ini akan menghasilkan pelangi kerana percikan air terjunnya yang tinggi terutamanya di antara waktu pagi sehingga ke tengahari. Memang tidak dinafikan, Air Terjun Pelangi ini memang sangat jernih & cantik. Pemandangan air terjun sebegini yang menghasilkan fenomena pelangi walaupun hari tidak hujan memang sangat unik & mungkin tiada seumpamanya di Malaysia. Namun nak datang ke kawasan Air Terjun Pelangi ini memang agak mencabar dan perlukan stamina. Untuk ke sini , pengunjung memerlukan kenderaan pacuan 4 roda kerana akan melalui jalan yang berbatu, perlu jalan kaki meredah anak sungai dan perlu mendaki kawasan rimba berbukit sebelum sampai di kawasan tadahan utama Air Terjun Pelangi.

Oleh kerana itu, lokasi air terjun ini bukannya sesuai untuk semua orang datang berkelah terutamanya mereka yang berkeluarga & ada anak-anak kecil. Bagi yang gemar mendaki, destinasi ini wajib anda terjah bersama rakan-rakan untuk melihat keindahan fenomena pelangi di air terjun ini. Perjalanan dengan kenderaan 4×4 menuju ke titik permulaan meredah hutan mengambil masa sekitar 40 minit sahaja. Seterusnya, perlu meredah hutan belantara, perlu merentasi anak sungai & juga perlu melepasi laluan berbatu yang memakan masa sekitar 30-40 minit. Pastikan anda sediakan dry shoes & wet shoes kerana laluan menuju ke Air Terjun Pelangi ini ada yang kawasan basah & ada yang kering. Kepenatan menuju ke Air Terjun Pelangi memang sangat berbayar sebaik melihat fenomena pelangi ini. Kalau tiada pelangi yang terbit apa boleh buat, mungkin bukan rezeki anda lagi.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Air Terjun Pelangi, Sungai Lembing, Pahang

  • Destinasi air terjun awam ( tiada dikhususkan)
  • Sebaiknya waktu pagi kerana pelangi di air terjun muncul antara waktu pagi – waktu tengahari. 10 pagi pelangi mula pudar.

  • Percuma


9. Air Terjun Sungai Pandan

 air terjun sungai pandan kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang bercuti di Bandar Kuantan, jangan lepaskan peluang untuk berkelah di air terjun yang paling popular di sini, iaitu Air Terjun Sungai Pandan. Ada juga orang setempat yang panggil air terjun ini sebagai Air Terjun Panching. Lokasinya mudah diakses dengan kenderaan & hanya memakan masa sekitar 20 minit sahaja dari Bandar Kuantan. Air Terjun Sungai Pandan memang sangat sesuai untuk dijadikan lokasi perkelahan berkeluarga memandangkan kawasan tadahan utama air terjunnya tidak dalam & tidak berbatu tajam. Malah, di tebingnya juga sangat lapang seperti berada di pantai, sangat sesuai untuk hamparkan tikar & bersantai bersama keluarga sambil melihat anak-anak bersuka ria dalam air. Kalau anda bernasib baik, boleh juga melihat pelangi kecil yang terbit dari percikan-percikan air terjun di sini terutamanya pada waktu pagi.

Paling mengagumkan, kemudahan & fasiliti yang ada di Air Terjun Sungai Pandan juga sangat bagus serta terjaga baik. Antara kemudahan yang ada di sini adalah surau, tandas, titian gantung, gazebo, kawasan BBQ, laluan jalan kaki, parkir kereta yang lapang & sebagainya. Akses dari kawasan parkir kereta ke kawasan air terjun juga sangat dekat & tidak perlu nak berjalan jauh atau mendaki bukit. Satu tempat mandi manda di Kuantan yang sangat sesuai untuk perkelahan seisi keluarga bersama dengan anak-anak kecil. Aliran air terjun yang tinggi & menghempap badan ketika mandi di Sungai Pandan Waterfall ini , sememangnya satu pengalaman yang menyeronokkan untuk diluangkan bersama keluarga yang tersayang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Air Terjun Sungai Pandan, 26400 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Air Terjun Sungai Pandan

  • Isnin-Khamis
    • 9.00 am – 5.00 pm
  • Sabtu & Ahad
    • 9.00 am – 6.00 pm
  • Jumaat ditutup

Bayaran Masuk Air Terjun Sungai Pandan

Pelancong tempatan:

  • Dewasa: RM 3.00
  • Kanak-kanak: RM 1.00

Pelancong Asing:

  • Dewasa: RM 5.00
  • Kanak-kanak: RM 2.00

Bayaran Parkir Kereta:

  • RM 3.00


10. Air Terjun Berkelah

air terjun berkelah

Sumber: afiqhadil.com
  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Mencari lokasi untuk mandi-manda air terjun tidak sudah pun di Pahang ni kerana memang banyak. Salah satu yang anda boleh pergi adalah Air Terjun Berkelah. Air terjun ini mempunyai tujuh tingkat yang agak tinggi juga dan memerlukan anda untuk mendaki ke puncak. Ianya bakal mengambil masa melibihi satu jam pendakian mengikut kelajuan dan kelincahan anda sendiri. Ada juga yang mengambil dalam 3 jam untuk sampai ke tingkat ke tujuh. Bergantung kepada stamina serta tahap kecerdasan anda juga. Akan tetapi, penat lelah anda tu akan hilang sejurus tiba ke tingkat ketujuh kerana anda akan berasa ianya satu pencapaian yang berbaloi.

Jika anda memang niat nak datang mandi-manda main air je, tingkat satu atau dua air terjun ini sudah mencukupi. Tapi kalau anda memang suka mendaki, naiklah ke atas. Air terjun ini terletak dalam Hutan Lipur Berkelah. Oleh itu, anda kena berhati-hati serta sentiasa berwaspada ketika ingin merdah hutan ini. Lebih baik pergi bersama kumpulan serta denga orang yang berpengalaman dalam mendaki. Anda juga boleh berkhemah dan berkelah di sini.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 0183744257

  • Sungai Berkelah, 26300 Gambang, Pahang

  • Setiap hari

Percuma


11. Air Terjun Chamang

air terjun chamang pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Air Terjun Chamang merupakan destinasi piknik hujung minggu yang sangat popular di Bentong, Pahang. Memandangkan lokasinya di Bentong, tidak hairanlah ramai juga warga KL & Selangor yang menuju ke sini untuk berkelah pada hujung minggu. Air Terjun Chamang boleh dikatakan antara kawasan tadahan air terjun perkelahan yang paling besar & lapang di Malaysia. Hanya terletak kira-kira 8 km dari Bandar Bentong & akses melalui jalan raya adalah sangat mudah tanpa perlu pacuan 4 roda. Selain itu, jarak dari kawasan parkir kereta ke kawasan perkelahan juga sangat dekat & tidak perlu nak berjalan kaki jauh. Maka, sangat sesuai untuk sesiapa sahaja termasuk golongan berkeluarga untuk berkelah di sini.

Kemudahan asas di kawasan Air Terjun Chamang juga lengkap untuk pengunjung seperti tandas, gazebo, BBQ pit & tapak perkhemahan. Terdapat juga titan gantung sepanjang 40 meter yang merentasi sungai di sini yang baru dibina pada 2017 dengan anggaran kos RM 100K. Kawasan air terjun ini juga agak bertingkat & ada beberapa kawasan mandi yang agak dalam. Untuk mereka yang pandai berenang, destinasi ini sesuai untuk anda melempiaskan geram untuk berenang di air terjun. Maklumlah, kebanyakan air terjun sangat cetek airnya & ada sesetengahnya pula kawasannya berbatu. Setiap hujung minggu, Air Terjun Chamang selalu meriah dengan kehadiran orang setempat & warga kota untuk berkelah. Sekiranya anda ingin waktu yang kurang sesak, sebaiknya datang hari biasa & bukannya pada hujung minggu.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang

  • 9.00 am – 5.00 pm

  • Pelancong Tempatan:
    • Dewasa: RM 2.00
  • Pelancong Asing
    • Dewasa: RM 5.00


12. Air Terjun Lata Jarum

air terjun lata jarum raub pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu lagi destinasi air terjun di Pahang yang popular di kalangan warga KL & Selangor adalah Air Terjun Lata Jarum yang terletak di Ulu Dong, Raub. Lokasinya kira-kira 35 km dari Raub melalui Jalan Kuala Lipis.  Air terjun di sini memang sejuk & bersih serta terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk pengunjung seperti tandas, bangku rehat, surau, gerai, parkir kereta, jambatan titian gantung dan juga kawasan tapak perkemahan. Bagi mereka yang inginkan penginapan yang lebih selesa, terdapat juga chalet berdekatan yang diusahakan oleh orang kampung. 

Selain mandi manda di air terjun, pengunjung yang berkelah di sini juga berpeluang untuk melihat Bunga Reflesia atau juga dikenali dengan nama Bunga Patma. Saiznya tidaklah sebesar Bunga Reflesia di Borneo, namun sekiranya berpeluang untuk lihat sendiri di depan mata terutamanya waktu berkembang, memang akan menjadi satu pengalaman yang sangat berharga untuk diri anda. Bukan senang nak tengok bunga Refflesia yang berkembang di depan mata kerana tempoh berbunganya hanya beberapa hari sahaja sebelum layu & mati. Jalan menuju ke sini juga agak mencabar kerana perlu melalui jalan kampung yang agak sempit & kadang-kadang ada juga kawasan jalan yang mungkin agak lasak untuk kereta sedan biasa. Hanya 2 km dari Air Terjun Lata Jarum, terdapat juga kawasan mandi manda air terjun yang lebih mesra untuk kanak-kanak iaitu Pusat Rekreasi Pulau Chekas. Di sini juga terdapat kemudahan homestay untuk pengunjung bermalam.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Air Terjun Lata Jarum, Raub Pahang

  • 8.00 am – 6.00 pm ( setiap hari)

  • Bayaran masuk: Percuma
  • Bayaran Parkir Kereta: RM 1.00


13. Air Terjun Jeriau

air terjun jeriau

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Mencari air terjun di Pahang ni memang tak susah kerana memang banyak yang anda boleh pergi. Jika di Bukit Fraser anda boleh ke Air Terjun Jeriau yang terletak lebih kurang 4 km daripada pekan Bukit Fraser. Memang seronok dapat bermandi-manda di sini kerana airnya yang bersih dan memang sangat sejuk lagi-lagi pada waktu pagi. Anda boleh berkhemah serta berkelah sambil masak-masak bbq. Tapi janga lupa untuk bawa plastik sampah sekali agar anda dapat kemas semula dan buang semua sampah yang anda buat. Sampai bila nak tengok keindahan alam kita punah dek tangan sendiri. Kelengkapan di sini termasuk surau dan tandas awam yang boleh digunakan secara percuma.

Bagi yang nak ke sini, anda perlu tahu bahawa jalan menuju ke air terjun agak sempit untuk dua hala. Tempat letak kereta juga agak terhad dan hanya mampu menampung dalam 10 kereta sahaja. Kalau bawa kereta 4×4 tu senang sikit lah nak letak kereta dan redah masuk ke kawasan air terjun.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Website

  • Airt Terjun Jeriau, Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

  • Setiap hari

  • Percuma


Gunung Dan Bukit Menarik

14. Gunung Tahan

gunung tahan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Gunung Tahan merupakan puncak yang tertinggi dalam Semenanjung Malaysia. Sekiranya anda seorang yang gemarkan cabaran meredah hutan, meredah sungai, jungle trekking dan ber’camping’, bolehlah cuba untuk menawan puncak Gunung Tahan yang terletak di dalam kawasan Taman Negara ini. Dengan ketinggian lebih 2000 meter, bukan calang-calang orang yang boleh ke puncak memandangkan cabaran & daya tahan stamina yang diperlukan adalah sangat tinggi. Bagi yang baru mula berjinak-jinak mendaki, carilah tunjuk ajar mereka yang sudah berpengalaman & perlu ada latihan awal sebagai persedian.

Untuk mendaki Gunung Tahan ini, terdapat 2 starting point samaada dari Sungai Relau di Merapoh atau di Kuala Tahan. Sekiranya bermula dari Sungai Relau, pendaki perlu melalui 4 fasa utama perjalanan & pendakian serta perlu bermalam di beberapa camp sites. Fasa pertama, dari Sungai Relau perlu menaiki pacuan empat roda menuju ke Kuala Juram yang jaraknya sekitar 13 km. Fasa kedua, perlu meredah hutan & merentasi sungai dari Kuala Juram ke Kem Kor yang jaraknya juga sekitar 13 km.

Fasa ketiga iaitu fasa yang paling mencabar, pendaki perlu melepasi cabaran laluan curam & memanjat akar-akar kayu rimba sejauh 15 km sebelum sampai di Kem Botak. Fasa terakhir iaitu summit attack sejauh 2 km, pendaki akan menuju ke Puncak Gunung Tahan. Kalau bernasib baik & hari tidak berkabus, bolehlah nikmati keindahan pemandangan dari puncak Gunung Tahan yang pasti memberi kepuasan yang maksimum yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-9150214 | Website

  • Gunung Tahan, Pahang

Penolong Penguasa
Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh
27210 Kuala Lipis, Pahang
Tel/ Faks: 09-915 0214

  • Tidak dikhususkan

Sekiranya ingin memulakan pendakian dari Sungai Relau, Merapoh:

  • Boleh cari penginapan di Bandar Gua Musang. Semak sini
  • Permulaan pendakian ke Gunung Tahan di Kuala Juram dikenakan bayaran sebanyak RM24.00 / orang (minima 5 orang) bagi perjalanan pergi dan balik.
  • Manakala bagi kumpulan kurang daripada 5 orang, bayaran RM100.00 dikenakan untuk satu kumpulan bagi perjalanan pergi dan balik.

Maklumat lanjut sila hubungi:
Penolong Penguasa
Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh
27210 Kuala Lipis, Pahang
Tel/ Faks: 09-915 0214

Pautan Rujukan


15. Gunung Senyum Recreational Forest

taman rekreasi gunung senyum pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Taman Rekreasi Gunung Senyum merupakan tamak rekreasi bertasik yang terletak berdekatan dengan Gunung Senyum. Gunung ini merupakan bukit batu kapur & terdapat banyak gua-gua di sini yang pengunjung boleh terokai. Terdapat juga laluan menuju ke dalam gua & tangga-tangga yang ada di sini juga agak curam. Sebaik masuk ke dalam gua, anda boleh lihat formasi-formasi stalagtit yang besar & pelbagai bentuknya. Sekiranya ingin masuk ke dalam gua yang lebih dalam, perlu berhati-hati & bawa lampu suluh kerana terlalu gelap.

Walaupun terdapat kemudahan tangga & laluan jalan kaki di dalam gua ini, namun ianya agak usang. Destinasi ini sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti pengembaraan & aktiviti lasak secara berkumpulan. Tidak disarankan untuk menerokai gua ini berseorangan & tanpa orang yang berpengalaman. Untuk yang berkeluarga, mungkin cukup sekadar bersiar-siar di tasik rekreasi di sini yang tidak kurang menariknya. Terdapat juga titian gantung & di atas permukaan air tasik kelihatan banyak pokok-pokok bunga teratai yang sangat cantik untuk anda bergambar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website

  • Jengka Reserve Forest Kuala Krau, 26400 Kuala Krau, Pahang

  • tidak dikhususkan

  • percuma


16. Gunung Rajah

gunung rajah

Sumber: afiqhalid.com

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kaki-kaki mendaki mesti suka dengan Gunung Rajah yang berdekatan Bentong ni kerana gunung ini agak mencabar untuk didaki. Manakantidaknya, perjalanan untuk sampai ke puncak boleh menelan masa selama 6 ke 7 jam mengikut stamina anda. Ada juga yang lebih dari itu. Selalunya orang yang mendaki di sini, mereka akan bermalam di gunung ini kerana perjalananya yang sangat lama dan memenatkan. Anda boleh bawa barang kelengkapan untuk berkhemah dan berkelah. Lebih baik anda ambil masa untuk berehat supaya dapat mengisi tenaga sebelum meneruskan perjalanan.

Setelah sampai ke puncak, pasti semua penat lelah dan masa yang dihabiskan rasa berbaloi. Ini kerana, pemandangan dan suasana di puncak gunung ini memang menyejukkan mata. Bukan setakat mata je sejuk, dengan badan-badan sekali sejuk. Cuaca atas ni memang nyaman sekali macam pakai penghawa dingin.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi 

  • Gunung Rajah, 44000, Pahang

  • Setiap hari

  • Percuma


17. Gunung Benom

gunung benom

Sumber: mchiker

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kepada orang-orang yang baru nak menjinakkan diri dalam mendaki ni, anda jangan pergi ke Gunung Benom. Gunung ini memang sangat-sangat mencabar dan memerlukan pengalamam serta stamina yang tinggi. Jika anda pergi melalui Lata Berembun di Raub, perjalanan akan mengambil masa lebih daripada 12 jam dan ada yang sampai 18 jam. Memang mencabar walaupun untuk pendaki yang pakar. Oleh itu, pendaki biasanya akan bermalam di sini selama 2 hari untuk mengisi tenaga dan berehat. Anda digalakkan untuk berkhemah di sini. Ingat untuk bawa air yang mencukupi agar anda tidak terhidrasi.

Sebenarnya ada 3 jalan masuk yang anda boleh lalui untuk ke puncak gunung ini iaitu melalui Sungai Klau di Raub, Kampung Ulu Cheka di Jerantut dan dari perkampungan orang asli di Kampung Damak, Jerantut. Kebanyakkan pendaki akan melalui jalan di Sungai Klau melalui Air Terjun Lata Berembun kerana lebih cepat walaupun jalan berliku dengan bentuk muka bumi yang mencabar.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi

  • Sungai Klau, Pahang

  • Setiap hari

  • Percuma


18. Bukit Panorama Pahang

bukit panorama sungai lembing pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bukit Panorama sering menjadi lokasi terbaik bagi mereka yang ingin melihat secara ‘live’ keindahan matahari terbit di waktu pagi. Terdapat tangga dan trek jalan kaki yang disediakan bagi kemudahan pengunjung untuk mendaki sehingga ke puncak. Perjalanan menuju ke puncak melalui tangga-tangga disediakan tidaklah terlalu susah seperti meredah hutan belantara. Bagi mereka yang sering lakukan aktiviti hiking, cabaran menuju ke puncak Bukit Panorama ini adalah dalam kategori yang sangat mudah. Namun, walaupun ada tangga, pengunjung perlu juga berhati-hati juga kerana ada sesetengah tempat, tangganya tidak dalam keadaan yang baik. Di atas puncak juga terdapat pondok rehat untuk pengunjung duduk sambil menanti matahari terbit.

Masa yang diambil untuk ke puncak Bukit Panorama sekitar 30-40 minit sahaja. Jadi sekiranya anda ingin melihat panorama matahari terbit di atas bukit yang menampakkan pancaran jingga mentari melimpahi alam nun di jauh sana, kenalah datang sebelum subuh sekitar 5.30 am. Memandangkan lokasinya dalam hutan, jangan lupa untuk membawa mosquito repellent untuk keselesaan anda. Kalau ke sini pada hari Ahad, bolehlah singgah di pasar pagi yang berdekatan untuk bersarapan pagi selepas penat mendaki Bukit Panorama ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Panorama Foothills, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

  • Destinasi rekreasi awam (24 jam)
  • Sebaiknya sebelum subuh untuk melihat matahari terbit
  • Tengahari sangat panas

  • Percuma


19. Bukit Pelindung

taman bukit gelora teluk chempedak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bercuti di Kuantan memang seronok, sebabnya begitu banyak destinasi yang berdekatan & pilihan tempat makan menarik di Kuantan juga sangat banyak. Namun, jangan terlalu seronok untuk makan sahaja sehingga lupakan kesihatan diri sendiri. Apa kata sekali sekala bawa anak-anak & isteri ke Bukit Pelindung untuk beriadah menaiki bukit. Lokasinya juga dekat dengan Bandar Kuantan & juga merupakan destinasi yang mesra keluarga. Pengunjung tidak perlu bersusah payah untuk meredah denai hutan atau panjat batuan besar untuk melakukan aktiviti pendakian di sini. Di Bukit Pelindung, terdapat jalan tar yang yang agak curam menuju ke puncak bukit. Sesuai untuk sesiapa sahaja termasuk yang baru berjinak-jinak nak menjadi seorang pendaki.

Laluan menuju ke puncak Bukit Pelindung juga sangat redup kerena banyak pokok-pokok besar yang mengiringi jalan raya di sini. Walaupun waktu tengahari, tidak terlalu terasa akan bahang terik mentari di atas kepala. Bagi yang nak lebih cabaran, terdapat juga trek di dalam hutan & bolehlah melihat keindahan pokok-pokok serta unggas-unggas di sini.

Sayangnya, di puncak bukit ini tidak dapat melihat panorama keindahan sekeliling secara menyeluruh kerana terhalang dengan banyak pokok-pokok yang tinggi di sini. Namun, panoramanya tetap menarik untuk anda bergambar sebagai bukti anda sudah berjaya menawan puncak bukit ini. Sekiranya anda menginap sekitar Teluk Cempedak seperti di Hyatt Regency Kuantan Resort ataupun di D’Embassy Service Residence Suite, bolehlah bersenam pagi di sini dahulu sebelum makan angin sekitar Bandar Kuantan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Tengku Muhamad, 25250 Kuantan, Pahang

  • Destinasi bukit rekreasi awam ( tiada dikhususkan)

  • Destinasi bukit rekreasi awam ( tiada dikhususkan)


Pulau dan Pantai Menarik

20. Pulau Tioman

pulau tioman attraction pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti juga di Terengganu & Johor, Pahang turut tidak ketinggalan untuk mempunyai destinasi percutian di pulau yang sangat menarik. Satu-satunya destinasi pulau di Pahang yang paling mencuri tumpuan pelancong sudah tentulah Pulau Tioman. Pulau yang terletak tidak jauh dari sempadan Negeri Johor ini menjanjikan perairan sekeliling yang sangat cantik & pasti membuatkan anda jatuh hati dengan keindahan Pulau Tioman. Bak kata orang, air lautnya membiru saujana mata memandang.

Selain itu, terdapat banyak lokasi tapak menyelam yang menarik untuk aktiviti scuba diving & juga tapak snorkeling untuk melihat keindahan hidupan marin yang pasti akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan. Memandangkan Pulau Tioman ini sangat popular, maka pilihan penginapan seperti chalet murah tepi pantai atau resort yang mewah, sangat mudah untuk anda cari & bermalam. Antara penginapan popular di Pulau Tioman adalah Paya Beach Spa & Dive Resort, Melina Beach Resort, Sun Beach Resort & sebagainya. Sesuai untuk anda jadikan Pulau Tioman ini sebagai destinasi percutian hujung minggu bersama keluarga mahupun tempat untuk berbulan madu di Pahang.

Whatsapp | Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Jeti Mersing | Jeti Tg Gemuk | Baca Lagi

  • Pulau Tioman, Pahang

  • Sepanjang tahun

*muzim tengkujuh kurang aktiviti, semak cuaca semasa dengan Jabatan Meteorologi Malaysia

*Jeti Tanjung Gemuk lebih sistematik & ada perjalanan feri berjadual tetap. Tempat parkir kereta di jeti juga dekat & harga sekitar RM15 sehari. Tetapi, jeti ini tidak beroperasi dari bulan November ke Februari (Musim Tengkujuh – Monsoon).


21. Pantai Cherating

tempat menarik di cherating pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai peranginan di Pahang yang sangat terkenal ini terletak dalam 30-40 minit memandu dari bandar utama Kuantan dan tidak jauh dari Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. Pantai Cherating mempunyai pantai yang sangat lapang, bersih dan sesuai untuk aktiviti air bersama keluarga. Terdapat pelbagai jenis penginapan samaada chalet bajet ataupun resort yang mewah. Antara penginapan popular adalah Holiday Villa Beach Cherating Resort, Lagend Cherating Beach Resort, Casa Titik, Cherating Bayview Resort & sebagainya.  Pilihan penginapan yang banyak di sekitar Pantai Cherating menjadikan destinasi ini sering dikunjungi pelancong pada hujung minggu & tidak kurang juga organisasi atau syarikat yang menganjurkan aktiviti seperti family day, team building mahupun seminar.

Memandangkan Pantai Cherating ini tidak jauh dari Daerah Kemaman, maka secara tidak langsung anda juga boleh ke beberapa tempat menarik di sekitar Bandar Chukai Kemaman, seperti Zoo Kemaman, Kelip-Kelip Sungai Yah Yah, Pantai Marina, Telaga Simpul & sebagainya. Alang-alang sudah sampai ke Cherating & juga Kemaman, jangan lupa untuk beli keropok lekor di sekitar Pantai Geliga untuk dijadikan ole-ole. Di Pantai Geliga juga terkenal dengan menu makanan popular orang setempat seperti otak-otak, pais ikan, sata, pulut lepa & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Baca Lagi

  • Pantai Cherating, Kuantan, Pahang

  • Destinasi pantai peranginan ( Sepanjang tahun)


22. Pantai Teluk Chempedak

pantai teluk chempedak kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Teluk Cempedak merupakan pantai santai-santai petang yang paling dekat dengan bandar utama Kuantan. Di sini terdapat beberapa hotel dan penginapan bagi mereka yang ingin bermalam di tepi pantai di Kuantan. Pantai Teluk Chempedak ini tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda dan lebih kepada tempat lepak atau bersiar-siar samaada pada waktu petang ataupun malam. Kemudahan tempat makan seperti restoran, fast food & medan selera juga ada di sekitar pantai ini.

Walaupun pantai ini sangat dekat dengan Bandar Kuantan, tetapi keindahan landskap batuan & airnya masih terjaga dengan baik. Terdapat platform jalan kaki kecil & batuan besar tepi pantai sesuai untuk anda bersantai & berkelah. Sekiranya anda bermalam di hotel tepi pantai di sini seperti Hyatt Regency Kuantan Resort ataupun Kuantan Tembeling Resort, jangan lupa untuk bangun pagi & melihat panorama indah matahari terbit dari kawasan pantai.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Teluk Cempedak, Jalan T.A. Bakar, 25050 Kuantan, Pahang

  • Destinasi pantai awam terbuka ( 24 jam)

  • Destinasi pantai awam terbuka ( percuma)


23. Pusat Rekreasi Air Balok

pantai balok kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Di Kuantan , Pahang terdapat beberapa pantai menarik untuk anda berekreasi & santai petang. Salah satu pantai menarik di Kuantan selain Pantai Teluk Chempedak ialah Pantai Balok atau juga dipanggil Pusat Rekreasi Air Balok. Pantai ini memang sangat lapang & mempunyai prasarana yang lengkap untuk kemudahan pengunjung seperti surau, tandas, pondok & sebagainya. Sekitar Pantai Balok juga terdapat banyak kedai makan yang menyediakan menu ikan bakar & seafood. Destinasi Pantai Balok juga sering menjadi lokasi untuk aktiviti outdoor & aktiviti team building kerana banyak kemudahan yang disediakan seperti gelanggan petanque, gelanggan woodball, dewan terbuka & sebagainya. Sesuai untuk anda anjurkan aktiviti seperti hari keluarga, majlis perkahwinan, hari sukan, karnival & sebagainya.

Samaada anda menginap di Bandar Kuantan atau hotel berdekatan seperti De Rhu Beach Resort, destinasi ini sangat mudah diakses untuk pelancong menikmati keindahan Pantai Balok. Pada waktu pagi ketika matahari terbit, pemandangan di sini memang sangat cantik & memandangkan pasir pantainya lapang serta ada batu-batuan besar, sangat sesuai untuk mereka yang kaki DSLR untuk menghasilkan foto landskap yang cantik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pusat Rekreasi Air Pantai Balok, Pantai Balok, 26080 Balok, Pahang

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Pantai rekreasi awam ( 24 jam)
  • Untuk aktiviti berkelah / berkhemah / hari keluarga, kena dapatkan kelulusan daripada Pejabat Pusat Rekreasi Balok, Majlis Perbandaran Kuantan.


24. Pantai Batu Hitam

 Pantai batu hitam resort kuantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pantai Batu Hitam merupakan satu lagi pantai menarik di Kuantan yang terdapat di sepanjang Jalan Berserah. Pantai ini mempunyai permukaan pantai yang panjang & lapang sesuai untuk aktiviti riadah petang bersama anak-anak. Jarak dari Bandar Kuantan juga tidak jauh sekitar 9 km sahaja. Sekiranya pada waktu petang atau hujung minggu, bolehlah bawa anak-anak riadah petang di sini kerana lokasi pantai popular lain seperti di Pantai Teluk Cempedak mungkin akan sesak.

Kecantikan Pantai Batu Hitam juga sebenarnya sangat cantik untuk fotografi & di sini juga terdapat kemudahan untuk pengunjung seperti tandas, tempat makan, parkir kereta & permainan tepi pantai seperti menunggang ATV. Makanan santai orang setempat juga ada dijual sekitar pantai ini seperti mee chalong, keropok lekor, sotong celup tepung & sebagainya. Lokasi untuk ke sini juga mudah & senang diakses dengan kereta melalui jalan raya. Sekitar Pantai Batu Hitam juga terdapat beberapa pilihan penginapan seperti Blackstone Resort, Batu Hitam Beach Resort & juga Mawar Villa Batu Hitam. Sekiranya anda bercadang bercuti ke Kuantan, menginap di sini juga adalah satu idea yang bernas memandangkan lokasinya strategik & kawasan sekelilingnya juga menarik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Batu Hitam, Kuantan, Pahang

  • Destinasi pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Destinasi pantai rekreasi awam ( percuma)


25. Pantai Air Leleh

pantai air leleh homestay pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Sekiranya anda melawat Bandar Diraja Pekan untuk melawat tempat-tempat menarik di Pekan seperti Muzium Masjid Sultan Abdullah atau Muzium Sultan Abu Bakar, jangan lupa untuk singgah bersantai di Pantai Air Leleh yang sangat cantik & ramai pelancong luar tak tahu. Mungkin kurang dipromosikan. Destinasi ini mempunyai kawasan pantai yang sangat lapang & mudak diakses dengan kereta daripada jalan utama Pekan-Kuantan.

Pantai ini merupakan pantai pilihan utama orang di Pekan untuk beriadah petang & di sini juga ada kemudahan asas seperti taman permainan kanak-kanak, gerai makan & bangku rehat. Pemandangan di sini terutamanya pada waktu pagi ketika mentari terbit memang sangat menarik terutamanya ketika ombak tidak kuat kerana pantai yang masih basah ketika air laut meleleh akan menghasilkan pantulan cahaya jingga yang sangat cantik untuk foto landskap anda. Di sini juga ada aktiviti sukan air seperti banana boat yang dikendalikan oleh operator setempat.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Facebook

  • Pantai Air Leleh, Pekan, Pahang

  • Pantai Rekreasi Awam ( 24 jam)

  • Pantai Rekreasi Awam (percuma)


26. Pantai Hiburan Rompin

pantai hiburan rompin pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Lokasi pantai yang sering meriah pada waktu petang ini memang sangat menarik untuk anda terokai terutamanya kalau bercuti di Kuala Rompin. Pantai Hiburan Rompin ini terletak di lokasi yang sangat strategik & sangat mudah untuk diakses dengan kenderaan. Waktu hujung minggu memang ramai yang datang ke sini untuk beriadah bersama keluarga. Pantai yang mendamaikan ini mempunyai pesisiran pantai yang sangat panjang , pasir yang putih & banyak pokok-pokok yang tinggi. Suasana sebegini sudah tentu sesuai untuk anda berpiknik & berkelah bukan ? Sekitarnya juga ada kemudahan awam yang baik seperti tandas, ruangan parkir kereta yang lapang & sebagainya.

Sayang seribu kali sayang, pantai ini tidak sesuai untuk dijadikan lokasi mandi manda kerana ombak yang kuat & permukaan dasar pantai yang berbahaya. Kalau cuaca cantik, pengunjung boleh nampak Pulau Tioman yang terletak jauh nun di hujung Laut China Selatan. Selain itu, pantai ini juga sering menjadi destinasi pesta pantai yang diadakan setiap tahun sekitar bulan Mac. Sekiranya anda bercuti di Kuala Rompin & menginap sekitar hotel menarik di sini seperti Rompin Beach Resort ataupun Lanjut Beach & Golf Resort, jangan lupa untuk bersantai bersama keluarga di sini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Hiburan Rompin, 26800 Kuala Rompin, Pahang

  • Destinasi pantai rekreasi ( 24 jam)

  • Destinasi pantai rekreasi (Percuma)


27. Pantai Pelindung Kuantan

 pantai menarik di pahang kuantan

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Seperti yang tersedia maklum, kebanyakan pantai di Laut China Selatan memang kuat ombaknya & kawasan pantainya pun kadang-kadang merbahaya untuk mandi manda. Namun ada satu pantai menarik di Kuantan yang tidak berteluk & tidak berbatu serta sangat landai untuk aktiviti berkejaran di gigian pantai iaitu Pantai Pelindung. Pesisiran Pantai Pelindung memang sangat sesuai untuk anda beriadah petang bersama keluarga & pemandangan dari sini yang menampakkan banyak bot nelayan juga sangat menarik untuk sesi fotografi riang ria.

Bersebelahan dengan pantai ini juga terdapat sebuah tasik rekreasi (Tasik Pelindung) yang selalu menjadi lokasi warga setempat untuk jogging & beriadah. Di tasik ini juga anda boleh memancing secara percuma. Pantai Pelindung yang terletak berdekatan Beserah, Kuantan ini juga sangat strategik lokasinya & mudah diakses dengan kereta. Selain itu, sekitar pantai ini juga terdapat beberapa tempat makan menarik untuk anda memburu makanan popular di Kuantan seperti mee calong, rojak ayam, ikan bakar petai, paprik belut & sebagainya. Hanya 500 m dari pantai ini, terletaknya satu tempat makan menarik di Kuantan yang terkenal dengan menu Mee Chalong & keropok lekor iaitu Restoran Joe Mee Chalong & Keropok Berserah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Pantai Pelindung, 25000 Kuantan, Pahang

  • Destinasi pantai rekreasi awam ( 24 jam)

  • Destinasi pantai rekreasi awam ( percuma)


28. Pulau Sri Buat (Sribuat)

pulau sri buat

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ramai orang tahu tentang Pulau Tioman di Pahang yang memang sangat terkenal sebagai destinasi percutian di Malaysia. Akan tetapi, ramai kurang arif tentang sebuah pulau kecil berdekatan dengan Pulau Tioman iaitu Pulau Seri Buat. Pulau kecil ini terkenal sebagai destinasi mendaki bukit untuk melihat pemandangan laut yang indah. Nak mendaki di sini tak susah pun, dalam 10 ke 15 minit sampai dah ke puncak. Tak pernah sekali nak pergi mendaki kena naik bot, biasanya naik kereta ke tempat mendaki.

Disebabkan tempat ini merupakan sebuah pulau kecil yang tidak berpenghuni, air laut memang biru serta kawasan sekitarnya memang sangat cantik. Anda juga boleh bermandi-manda di sini. Biasanya bila anda dapatkan pakej island hopping di Pulau Tioman, anda akan dapat melawat pulau ini juga. Jadi, bersedialah untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Facebook

  • Pulau Seri Buat, 26800, Rompin, Pahang

  • Setiap hari

  • Bergantung kepada pakej yang di ambil


Tempat Melihat Haiwan Yang Menarik

29. Santuari Gajah Kuala Gandah

tempat menarik di pahang bercuti

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pusat pemeliharaan gajah liar ini cukup terkenal di Pahang dan di sini menempatkan lebih 24 ekor gajah samaada yang tetap atau yang baru dipindahkan dari habitat asalnya yang terancam. Kesemua gajah di sini diselamatkan dari dalam hutan bagi tujuan pemeliharaan & pemuliharaan daripada pemburu haram yang tamak haloba. Tahukah anda, untuk menyelamatkan gajah di hutan, ranjer di sini sebenarnya memerlukan seeokor gajah penyelamat yang sangat besar. Bagi pelancong, pengalaman melihat haiwan yang besar & comel ini memang sangat menyeronokkan terutamanya untuk kanak-kanak. Di sini, pengunjung berpeluang untuk berinteraksi dengan gajah dengan lebih dekat seperti memberi makan gajah dalam kandang , melihat anak gajah hisap susu dalam botol yang besar & juga melihat telatah melucukan ketika gajah sedang mandi dalam sungai.

Fasiliti & keselamatan untuk pengunjung melihat gajah juga sangat bagus. Anda tidak perlu risau kerana gajah-gajah di sini semuanya terlatih , jinak & terletak dalam kandang yang berpagar besi. Seronok melihat haiwan ini makan tidak henti-henti seperti tidak pernah kenyang langsung. Apa jua yang anda hulurkan samaada pisang, tembikai, tebu, akar kayu atau rumput, gajah-gajah di sini tanpa segan silu akan menghulurkan belalai untuk minta makanan daripada anda.

Selain itu, di sini juga ada ruangan galeri yang mempamerkan pelbagai informasi menarik tentang gajah di Malaysia seperti infografik, tengkorak gajah, koleksi gading gajah yang puluhan ribu nilainya, cerita gajah terbesar yang pernah di tangkap & sebagainya. Satu tempat menarik di Pahang yang mesti anda bawa anak-anak untuk belajar & melihat secara langsung haiwan eksotik ini yang kini semakin di ambang kepupusan dek kerana kerakusan manusia.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6017-9319650 | Facebook | Website

National Elephant Conservation Centre (NECC)
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 013-931 9650  Counter: 013-908 8207

Pautan Rujukan

Waktu Operasi Santuari Gajah Kuala Gandah

  • Sabtu – Khamis
    • 8.00 am – 1.00 pm
    • 2.30 pm – 4.30 pm
  • Jumaat
    • 8.00 am – 12.30 pm
    • 2.30 pm – 4.30 pm

Waktu Aktiviti Menarik 

  • 10.30 am – 12.00 pm:
    • Memerhati Anak Gajah
  • 1.00 pm – 1.30 pm :
    • Tayangan Video
  • 2.00 pm -2.15 pm :
    • Lintasan Gajah
  • 2.30 – 3.00 pm :
    • Penerangan Koservasi & Pertunjukan gajah
  • 3.00-4.30 pm :
    • Mandikan Anak Gajah

Bayaran Masuk Santuari Gajah Kuala Gandah

  • Masuk adalah PERCUMA namun perlu mendaftarkan diri di kaunter yang telah disediakan di sini. Sumbangan / derma sangat digalakkan oleh pengunjung untuk menampung kos-kos penjagaan haiwan di sini.
  • Makanan untuk beri makan gajah:
    • Tebu: RM 3.00 seikat
    • Pisang: RM 5.00 seikat
  • Bayaran untuk seorang pemandu pelancong adalah sebanyak RM 50.00 (maksimum 12 orang pelawat bagi seorang pemandu pelancong).
  • Untuk aktiviti mandi manda dengan gajah, perlu ada pemandu pelancong & ada bayaran tambahan RM 5 – RM 10 sekepala.

Maklumat lanjut =>Pautan Rujukan


30. Deerland Park Lanchang Pahang

zoo di pahang menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu destinasi menarik yang boleh dikategori sebagai sebuah mini zoo. Walaupun mini zoo, tetapi mempunyai pilihan binatang menarik yang agak banyak & sangat sesuai untuk anda lawati bersama anak-anak. Deerland Park ini terletak di Lanchang & sekitar 2 km sahaja dari Santuari Gajah Kuala Gandah. Sekiranya anda susur keluar lebuhraya LPT menuju ke Santuari Gajah Kuala Gandah, bolehlah singgah di sini sekejap bersama anak-anak untuk melihat haiwan-haiwan seperti rusa, iguana, burung merak, ular sawa albino, cicak tokek, katak gergasi & sebagainya. Kepelbagaian spesis haiwan di sini juga agak berbaloi untuk dilawati kerana bukan sahaja ada haiwan yang didatangkan dari dalam negara malah ada juga yang dibawa khas dari luar negara.

Pengunjung berpeluang untuk berinteraksi dengan rusa secara lebih dekat dengan memberi makan makanan yang disediakan di sini. Pengalaman mendekati & menyentuh rusa ini secara langsung memang lebih menyeronokkan berbanding zoo besar yang lain kerana kandang rusanya jauh. Sudah tentulah, anak-anak mesti teruja boleh pegang & bermain-main dengan haiwan unik sebegini. Bagi yang berani, boleh memegang ular sawa di sini & lilitkan di tengkuk untuk acara ber’selfie’ anda. Ada berani ? Deerland Park ini tidaklah terlalu besar & mungkin anda dapat habiskan masa lawatan di sini antara 20-30 minit sahaja.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Bukit Rengit, 28500 Lanchang, Pahang.

Waktu Operasi Deerland Park Lanchang

  • Isnin-Khamis
    • 10.30 am – 4.30 pm
  • Sabtu & Ahad
    • 10.30 am – 5.00 pm
  • Jumaat
    • Tutup

Harga Tiket Deerland Park Lanchang

Pemegang MyKad:

  • Dewasa ( 12 tahun & keatas):
    • RM 7.00
  • Kanak-kanak ( 3-11 tahun):
    • RM 4.00


31. Mini Zoo Park Teruntum

Zoo teruntum kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Zoo ini merupakan satu tempat menarik di Kuantan yang sudah lama wujud & boleh dikatakan ‘lagend’ di kalangan warga setempat. Memandangkan lokasinya strategik berdekatan dengan Bandar Kuantan, setiap hujung minggu sangat ramai golongan berkeluarga datang ke sini untuk melihat haiwan-haiwan di mini zoo ini. Walaupun pilihan haiwan di sini tidaklah sebanyak di Zoo Negara, namun tetap satu destinasi yang pasti membuatkan anak-anak teruja apabila melihat haiwan-haiwan eksotik seperti burung unta, buaya, rusa, burung enggang, kuda padi, seladang, arnab & sebagainya.

Dahulunya masuk ke sini adalah percuma & bermula Julai 2018 terdapat sedikit bayaran yang sangat-sangat murah bertujuan untuk penyelenggaraan mini zoo ini. Bagi anak-anak, bolehlah juga mencuba untuk menunggang kuda padi di sini dengan harga bayaran yang berpatutan. Sekiranya anda menginap sekitar Pantai Teluk Cempedak seperti di Hyat Regency Hotel, bolehlah datang ke sini dengan jalan kaki sahaja kerana jaraknya hanya 1 km.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Padang Golf, 25050 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Mini Zoo Teruntum

  • 9.00 am – 6.00 pm

Harga Tiket Mini Zoo Teruntum

  • Dewasa:
    • RM 2.00
  • Kanak-kanak:
    • RM 1.00
  • menunggang kuda pagi ( kanak-kanak):
    • RM 5.00 per ride


32. Santuari Penyu Cherating

tempat menarik di cherating pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Melihat penyu bukannya sesuatu yang mudah. Kena pergi pulau, kena ikut musim bertelur & kos tambang untuk ke pulau lagi. Di Pahang, ada satu destinasi yang sangat menyeronokkan untuk melihat haiwan eksotik ini dengan lebih dekat iaitu di Santuari Penyu Cherating. Lokasinya pula hanya kira-kira 30 minit memandu dari Bandar Kuantan & sangat mudah untuk diakses tanpa perlu naik bot & meredah hutan.

Santuari ini merupakan sebahagian daripada usaha & program kerajaan untuk menjaga spesis-spesis penyu yang ada di perairan Negeri Pahang. Seperti juga di negeri lain, spesis penyu di Pahang juga tidak ketinggalan untuk melalui fasa pengurangan atas pelbagai faktor sekeliling. Santuari Penyu Cherating menempatkan beberapa spesis penyu untuk pengunjung pelajari seperti leatherback turtle, green turtle, Hawksbill turtle dan Olive Ridley turtle. Antara aktiviti menarik lain untuk pelancong di sini adalah melawat tapak penetasan telur penyu, melihat pelepasan anak-anak penyu ke laut, program turtle watching waktu malam & melihat pameran di sini yang sangat interaktif berkenaan dengan penyu & habitatnya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-5819087

  • Santuari Penyu Cherating, KM 45 Jalan Kuantan-Kemaman, 26080, Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Santuari Penyu Cherating

  • Selasa-Ahad
    • 9.00 am- 5.00 pm

*musim penyu bertelur antara bulan April hingga Ogos

Harga Tiket Santuari Penyu Cherating

  • Percuma


Tempat Keagamaan dan Muzium Yang Menarik

33. Masjid Sultan Ahmad 1 (Kuantan)

masjid menarik di pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Merupakan sebuah masjid negeri di Pahang yang sangat besar & boleh memuatkan sehingga 8000 jemaah pada sesuatu masa. Masjid yang sangat besar ini siap dibina sepenuhnya pada 19 Oktober 1992. Ada juga penduduk setempat yang memanggil masjid ini sebagai Masjid Tempurung. Ini kerana, masjid asalnya dahulu mempunyai kubah yang bentuknya seakan tempurung. Terdapat 4 menara utama yang setinggi 9 tingkat bangunan yang mengelilingi masjid ini & bentuk menara-menara ini tidak ubah seperti roket yang bakal berlepas meluncur ke angkasa raya.

Berada di dalam masjid ini memang sangat mengagumkan. Melihat keindahan seni khat menghiasi kubah utamanya & hiasan geometri kacanya yang berwarna warni, membuatkan diri seolah-olah berada di Istanbul Blue Mosque iaitu sebuah masjid yang terkenal di Istanbul, Turki. Memandangkan lokasinya sangat strategik di pusat Bandar Kuantan, jangan lupa untuk singgah menunaikan kewajiban anda di sini. Pada bulan Ramadhan, padang MPK yang bersebelahan masjid ini juga sangat meriah dengan kunjungan warga setempat untuk berbuka puasa secara berpiknik di atas padang. Bazar Ramadhan juga bersebelahan di tempat pakir kereta di masjid. Sesudah iftar, bolehlah pula anda berjemaah menunaikan Solat Terawih di masjid negeri Pahang ini.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang

  • Subuh-Isyak

  • Derma ikhlas masuk tabung masjid


34. Chin Swee Caves Temple

chin swee cave temple

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda mencari tempat cantik untuk bergambar sambil menikmati pemandangan tanah tinggi, apa kata anda ke Chin Swee Cave Temple. Tokong Cina ini telah dibuka kepada umum pada tahun 1994 dan luas tanahnya ialah seluas 28 ekar. Kalau anda teringin masuk dan melihat sendiri tokong besar seperti dalm cerita-cerita Cina, anda memang patut datang ke sini. Anda akan dapat belajar serba sedikit tentang sejarah tokong ini dan melihat sendiri seni binanya yang begitu teliti dan memukau.

Di dalam tokong ini anda boleh melihat pagoda, patung-patung berhala serta tempat bermeditasi dan penyembahan. Memang sangat menarik dapat belajar tentang kepercayaan lain selain kepercayaan sendiri. Barulah dapat memupuk muafakat antara kaum. Anda yang datang perlu berpakaian sopan dan perlu ingat untuk menghormati kepercayaan orang lain.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 0321791886 | Website

  • Exit 68, Genting Sempah, Pahang, 28750 Bentong

  • 9.00 am – 6.00 pm

Percuma


35. Muzium Sungai Lembing

 muzium sungai lembing pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Dahulunya destinasi ini merupakan tapak pelombongan bijih timah bawah tanah yang paling dalam dan juga yang terbesar di dunia sekitar era awal 1800-an sehingga 1986. Kini ianya menjadi sebuah muzium untuk lawatan umum bagi mengenali dengan lebih mendalam tentang sejarah Sungai Lembing terutamanya berkenaan dengan sejarah bijih timah. Sekiranya anda menganjurkan rombongan sekolah atau lawatan sambil belajar, destinasi ini perlu anda masukkan ke dalam jadual perjalanan anda.

Susun atur & konsep pameran di sini sangat sistematik di mana pengunjung dapat mempelajari sejarah pelombongan biji timah mengikut kronologi peredaran masa. Bermula dari awal penubuhan lombong ini, era kegemilangannya & sehinggalah ianya ditutup serta dijadikan sebuah muzium. Banyak koleksi peralatan melombong bijih timah masih disimpan sehingga ke hari untuk pengunjung lihat seperti gerabak keretapi, jentera menggerudi, topi keselamatan dan juga perabot lama yang pernah digunapakai di pejabat pengurus lombong .

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-5412377 | Facebook | Website

  • Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Waktu Operasi Muzium Sungai Lembing

  • 9.00 am – 6.00 pm ( Setiap hari)

Harga Tiket Muzium Sungai Lembing

  • percuma


36. Muzium Masjid Sultan Abdullah

muzium menarik di pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Pertama kali mendengar nama destinasi ini, pasti anda tertanya-tanya kenapa ada perkataan Muzium & Masjid, bukan? Yang sebenarnya, destinasi ini dahulunya merupakan sebuah masjid tertua & masjid utama di Pekan, Pahang yang siap dibina pada tahun 1932. Memandangkan kini di Pekan sudah ada masjid-masjid baru yang lain, maka Lembaga Muzium Negeri Pahang telah mengambil alih masjid ini untuk dijadikan sebuah Muzium Kesenian & Intelektual Islam Negeri. Malah, destinasi ini juga merupakan muzium Islam yang pertama di Pahang. Proses pengubahsuaian untuk menjadi muzium siap sepenuhnya pada Julai 2015 & menelan kos RM 10 juta. Walaubagaimanapun, keaslian senibina asal bangunan ini yang berkonsepkan ‘Moorish’ masih dikekalkan.

Muzium yang mempunyai landskap yang sangat cantik ini mempamerkan pelbagai artifak, bahan ilmiah & bahan bersejarah dari dalam & luar negara. Antara bahan bersejarah yang paling mencuri tumpuan di sini ialah Batu Nisan Permatang Pasir yang menjadi bukti wujudnya pengaruh agama Islam di Pahang sejak tahun 419 Hijriah bersamaan 1028 masihi lagi. Selain itu, landskap berkolam di luar bangunan Muzium Masjid Sultan Abdullah ini juga sangat cantik untuk anda ber’selfie’.  Perasaan apabila bergambar di perkarangan ini tidak ubah seperti sedang berada di perkarangan Taj Mahal. Dengan keunikan senibina muzium ini & pilihan koleksi bahan bersejarah yang bernilai tinggi, tidak hairanlah Muzium Masjid Sultan Abdullah ini bakal menjadi salah satu tarikan pelancongan yang paling menarik di Bandar Diraja Pekan, Pahang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-4221371 | Website

  • Muzium Masjid Sultan Abdullah, Kampung Pancur, 26600 Pekan, Pahang

Waktu Operasi Muzium Masjid Sultan Abdullah

  • Selasa-Khamis & Sabtu, Ahad
    • 9.30 am – 5.00 pm
  • Jumaat:
    • 9.30 am – 12.15 pm & 2.45 pm – 5.00 pm
  • Isnin
    • Tutup

Harga Tiket Muzium Masjid Sultan Abdullah

  • Pelancong Tempatan (Dewasa):
    • RM 5.00
  • Pelancong Asing (Dewasa):
    • RM 15.00
  • Bayaran Masuk PERCUMA untuk:
    • Pelajar beruniform
    • Kanak-kanak bawah 12 tahun
    • OKU
    • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)

*bayaran tiket ini juga membolehkan anda masuk ke Muzium Sultan Abu Bakar yang dahulunya merupakan sebuah Istana Diraja.


37. Muzium Sultan Abu Bakar

muzium sultan abu bakar pekan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi pelancong yang ingin mendalami kesenian & sejarah Negeri Pahang, Muzium Sultan Abu Bakar adalah destinasi yang paling tepat untuk anda lawati. Walaupun destinasi ini adalah sebuah muzium, tidak bermakna bahan pamerannya sekadar pameran artifak & diorama semata-mata. Selain pelbagai artifak & bahan bersejarah di dalamnya, pengunjung juga boleh mencari maklumat bersejarah Negeri Pahang dengan menggunakan smart screen. Canggih bukan? Pendekatan muzium ini untuk mendidik pengunjung menggunakan teknologi terkini sememangnya satu alternatif yang perlu diambil contoh oleh muzium-muzium lain di Malaysia. Kanak-kanak juga lebih teruja untuk belajar tentang sejarah negeri dengan cara moden sebegini.

Bangunan muzium ini yang berwarna putih & beratap jingga memang sangat cantik untuk anda bergambar. Malah, kawasan sekeliling muzium ini yang mempunyai taman, kolam, replika kenderaan tentera & padang menghijau membuatkan pengunjung terasa seperti sedang berada di perkarangan sebuah hotel yang mewah. Memang sesuailah dengan tema muzium ini yang berkonsepkan sebuah muzium di dalam taman.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-4221371 | Website

  • Lembaga Muzium Negeri Pahang, Jalan Sultan Ahmad, 26600 Pekan, Pahang

Waktu Operasi Muzium Sultan Abu Bakar

  • Selasa-Khamis & Sabtu, Ahad
    • 9.30 am – 5.00 pm
  • Jumaat:
    • 9.30 am – 12.15 pm & 2.45 pm – 5.00 pm
  • Isnin
    • Tutup

Harga Tiket Muzium Sultan Abu Bakar

  • Pelancong Tempatan (Dewasa):
    • RM 5.00
  • Pelancong Asing (Dewasa):
    • RM 15.00
  • Bayaran Masuk PERCUMA untuk:
    • Pelajar beruniform
    • Kanak-kanak bawah 12 tahun
    • OKU
    • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)

*bayaran tiket ini juga membolehkan anda masuk ke Muzium Masjid Sultan Abdullah yang terletak bersebelahan muzium ini.


38. Muzium Seni Pahang

muzium seni pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Satu tempat menarik di Kuantan yang percuma & sangat berbaloi untuk anda lawati sekiranya anda meminati seni. Banyak karya-karya lukisan & arca-arca menarik yang ada di sini yang dihasilkan oleh anak tempatan Pahang. Kalau anda seorang yang suka menghayati sesuatu seni, mungkin perlukan satu jam untuk melihat satu persatu tarikan di sini. Antara galeri yang ada di muzium ini adalah pameran Tenun Diraja Pahang, pameran orang asli, pameran mak yong, pameran seramik, kebudayaan pantai timur, alat muzik tradisional & sebagainya.

Paling mencuri tumpuan adalah di kawasan pameran Kaabah. Di sini terletaknya satu replika Kaabah yang bersaiz 12 x 10 x 15 meter beserta dengan banyak gambar-gambar lama yang pernah di ambil di sekitar kawasan Kaabah satu masuk dahulu. Sangat menarik untuk anda datang & lokasinya sangat mudah untuk diakses, hanya jalan kaki sahaja dari Masjid Sultan Ahmad Shah 1.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Website

  • Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Muzium Seni Pahang

  • Isnin-Khamis
    • 9.30 am – 5.00 pm
  • Jumaat
    • 9.30 am  – 12.15 pm & 2.45 pm – 5.00 pm
  • Sabtu & Ahad
    • Tutup

Harga Tiket Muzium Seni Pahang

  • Percuma


39. Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak

tempat menarik di pekan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda merancang untuk jalan jalan di Pekan, Pahang? Kalau ya, jangan lupa untuk singgah sebentar melihat satu destinasi yang sangat bersejarah iaitu Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. Rumah kayu tradisional ini yang dibina pada 1922 ini masih kekal terjaga & terletak di dalam Kampung Budaya Pulau Keladi. Kampung Pulau Keladi ini merupakan kampung yang tertua di Pekan, Pahang. Uniknya, rumah kayu tradisional yang cantik ini mempunyai atap yang diperbuat daripada sejenis tanah liat & dalam bahasa tempatannya dipanggil Singgora/ Tebar Layar.

Memang berbeza sungguh berbanding dengan atap-atap rumah yang ada pada masa kini. Sekiranya anda melawat tempat-tempat menarik di Pekan seperti di Muzium Sultan Abu Bakar, jangan lupa untuk ke sini juga & lokasinya hanya 2 km dari Muzium Sultan Abu Bakar. Walaupun destinasi ini tidak sebesar muzium lain, namun mempunyai cerita sejarah yang amat bermakna untuk anda bawa anak-anak bersama dalam mengingati seorang tokoh & negarawan ulung yang banyak jasanya terhadap pembangunan negara Malaysia tercinta.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Kampung Padang Manggis, 26600 Pekan, Pahang

  • 8.00 am – 5.00 pm

  • Percuma


Tempat Penginapan Menarik

40. Mangala Resort & Spa

tempat menarik di gambang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda ingin hadiahkan pasangan anda sebuah penginapan yang paling istimewa di Kuantan? Apa kata bawa orang yang tersayang anda untuk ke Mangala Resort & Spa yang merupakan sebuah hotel 5 bintang & telah banyak menerima anugerah di peringkat antarabangsa. Ironinya, tapak resort ini dahulunya merupakan sebuah kawasan bekas lombong yang tandus tidak berpenghuni di tengah-tengah ladang kelapa sawit. Kini, siapa yang sangka ianya berubah menjadi satu destinasi penginapan mewah yang terkenal di kalangan pelancong dalam & luar negara.

Mangala Resort & Spa ini menempatkan 4 jenis pilihan villa untuk pengunjung & semua jenis villa ini memang sangat menarik untuk anda bermalam. Suasananya yang damai dikelilingi kehijauan hutan & tasik pasti memberikan satu pengalaman yang romantis untuk anda bersama pasangan. Selain itu, terdapat juga pakej-pakej menarik untuk pengunjung seperti pakej perkahwinan, family retreat, romantic gateway & juga executive meeting package. Lokasi Mangala Resort & Spa juga hanya terletak kira-kira 40 km dari pusat Bandar Kuantan & berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Gambang seperti Bukit Gambang Resort City & juga Air Terjun Sungai Pandan.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 609-5057788 | Facebook | Instagram | Website

  • MANGALA RESORT & SPA, Lebuhraya Tun Razak, 26300, Kuantan, Pahang

  • sepanjang tahun


41. Suria Hot Spring Resort

suria hot spring resort bentong

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang ingin bercuti pada hujung minggu di destinasi kolam air panas, salah satu tempat menarik di Pahang yang ada tarikan hotspring adalah di Suria Hot Spring Resort yang terletak di Bentong, Pahang. Lokasinya yang jauh dari hiruk pikuk bandar & dikelilingi hutan menjadikan destinasi ini sangat ideal untuk anda yang nak berehat ataupun mungkin untuk berbulan madu. Resort kolam air panas ini menempatkan beberapa kolam air panas yang sangat bersih, dasar kolamnya bersimen & hanya boleh digunakan oleh tetamu yang menginap di Suria Hot Spring Resort. Ini akan membuatkan tetamu lebih rasa privasi & menenangkan tanpa gangguan orang luar. Tambahan pula, pemandangan sekeliling resort ini yang menghijau saujana mata memandang, menambahkan lagi perasaan ketenangan ketika bercuti.

Kolam air panas di sini tidaklah terlalu panas sehingga boleh memasakkan telur seperti di Ulu Legong Hotspring Baling & suhunya orang kata ‘just nice’. Kolam air panas di sini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin merasai pengalaman berendam dalam kolam air panas semulajadi yang dipercayai bagus untuk kesihatan kulit & peredaran darah. Selain itu juga, terdapat juga kolam mandi yang tidak terlalu besar tetapi lebih daripada cukup untuk anak-anak kecil bersuka ria. Taman permainan yang ada di perkarangan resort ini juga sangat menarik untuk anak-anak anda beriadah pada waktu petang. Suria Hot Spring Resort juga mempunyai banyak fasiliti untuk mereka yang ingin adakan acara seperti family day, seminar, kursus syarikat & sebagainya.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 609-2210200 | Facebook | Website

  • Suria Hot Spring Resort, Lot 2527, Mukim Bentong, 26700 Bentong, Pahang

  • Waktu operasi kolam mandi / kolam air panas
    • 7.00 am – 7.00 pm

  • Harga penginapan di Suria Hot Spring Resort Bentong, semak sini 
  • Kolam air panas / kolam mandi hanya untuk tetamu yang menginap


42. Bukit Gambang Resort City

 tempat menarik di gambang pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Adakah anda mencari satu tempat menarik di Pahang pada hujung minggu yang menyeronokkan di samping dapat meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak & isteri ? Jika ya, Bukit Gambang Resort City adalah salah satu destinasi yang ideal untuk anda terokai & lokasinya juga tidaklah terlalu jauh dari KL. Sejak dibuka beberapa tahun lalu, Bukit Gambang Resort City tidak lekang dengan kunjungan pelancong untuk bersuka ria di sini terutamanya di Gambang Waterpark. Terdapat pelbagai pilihan gelongsor air yang menyeronokkan & mencabar yang pasti membuatkan golongan dewasa sangat teruja.

Selain itu, di sini juga ada beberapa tarikan lain yang masih baru diperkenalkan seperti Safari Park & Active Academy. Safari Park ini dikatakan merupakan yang terbesar di Malaysia & menempatkan banyak tarikan haiwan liar dari hutan yang sangat menarik untuk anda lihat bersama anak-anak. Bagi belia remaja, Active Academy semestinya tarikan di Bukit Gambang Resort City yang tidak mahu anda lepaskan kerana terdapat pelbagai aktiviti outdoor menarik yang boleh dilakukan secara berkumpulan seperti menunggang ATV, memanah, flying fox & juga paintball. Kemudahan & fasiliti di resort ini memang sangat bagus serta sesuai untuk organisasi menganjurkan acara seperti family day, team building & seminar.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-5488000 | Facebook | Website

  • Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Gambang Water Park

  • Isnin, Rabu & Khamis
    • 11.00 am – 6.30 pm
  • Jumaat, Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah di Malaysia
    • 9.30 am – 6.30 pm

*Ditutup pada hari Selasa, kecuali cuti sekolah & cuti am di Malaysia

Waktu Operasi Safari Park di Gambang Resort City

  • Selasa, Rabu & Khasmi
    • 12.00 pm – 9.00 pm
  • Jumaat, Sabtu, Ahad & cuti sekolah / cuti am
    • 10.00 am – 9.00 pm
  • Ditutup setiap Isnin, kecuali cuti sekolah & cuti umum di Malaysia ( 10.00 am – 9.00 pm)

Active Academy Outdoor Park

Dibuka pada setiap hari waktu cuti sekolah

  • 9.00 am – 12.00 pm & 3.00 pm – 6.00 pm

*12.00 pm – 3.00 pm waktu rehat. Panggilan terakhir 5.00 pm

Combo Tiket Waterpark + Safari Park

  • Kanak-Kanak ( 4-12 tahun)
    • RM 58
  • Dewasa ( 13-59 tahun)
    • RM 88
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
    • RM58

*termasuk dengan akses ke Gambang Waterpakr & Safari Park

Bukit Gambang Water Park Pass

  • Kanak-Kanak ( 4-12 tahun)
    • RM 23
  • Dewasa ( 13-59 tahun)
    • RM 33
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
    • RM 23

Bukit Gambang Safari Park Ticket

  • Kanak-Kanak ( 4-12 tahun)
    • RM 43
  • Dewasa ( 13-59 tahun)
    • RM 63
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
    • RM 43

Active Academy Outdoor Park

  • Kanak-Kanak ( 4-12 tahun)
    • RM 18
  • Dewasa ( 13-59 tahun)
    • RM 28
  • Warga Emas ( 60 tahun & keatas)
    • RM 18

*bayaran ini termasuk untuk aktiviti flying fox, archery, ATV fun ride, horse riding & paintball ( 20 pallet sahaja)

ATV Safari Adventure

  • Pemandu ( 16 tahun & keatas): RM 98
  • Penumpang ( 6-15 tahun): RM 30


43. Felda Residence Tekam

felda residence terkam pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang inginkan percutian di Pahang yang mendamaikan & dikelilingi dengan kehijauan suasana kampung, Felda Residence Tekam adalah satu destinasi yang perlu anda pertimbangkan untuk lawati. Destinasi penginapan ini sangat popular bukannya kerana bilik tidurnya yang mewah seperti hotel 5 bintang tetapi kerana pilihan aktiviti outdoor yang banyak yang boleh dilakukan pengunjung. Antara aktiviti yang paling menarik adalah pengunjung dapat beriadah dengan menunggang kuda sambil menikmat keindahan 15 gua di Taman Warisan Gua Kota Gelangi pada setiap hujung minggu. Satu produk pelancongan yang sangat menarik & sangat unik serta tiada di tempat lain.

Selain itu, Felda Residence Tekam juga sangat popular di kalangan organisasi untuk menganjurkan aktiviti & acara seperti family day, seminar syarikat, kursus & sebagainya. Pelbagai kemudahan & tawaran aktiviti outdoor menarik yang ditawarkan di sini seperti berkayak, sukan air, permainan indoor,  memancing, naik bot & sebagainya. Bagi yang bercuti ke sini bersama keluarga, terdapat juga kolam renang yang besar & mesra untuk anak-anak bersuka ria. Kolam mandi ini juga dibuka untuk umum walaupun anda tidak menginap di sini. Bagi yang inginkan destinasi penginapan yang bersuasanakan dusun & kampung sekitar Jerantut atau Jengka, Felda Residence Tekam adalah pilihan terbaik untuk anda. Kalau datang ke sini pada musim buah, pelbagai jenis buahan segar yang boleh anda dapati di sini yang mungkin boleh dijadikan sebagai buah tangan istimewa untuk jiran tetangga di rumah.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-2790022 | Facebook | Website

  • Tun Razak Agricultural Research Centre, 27000 Jerantut, Pahang

  • Sepanjang tahun


44. Lake Chini Resort

lake chini resort pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tasik China merupakan satu aset pelancongan yang sangat menarik untuk anda terokai di Pahang. Bagi mereka yang kaki pancing atau gemar menerokai keindahan alam semulajadi, di persekitaran Tasik China ada tarikan yang perlu anda alami sendiri. Untuk melakukan aktiviti-aktiviti menarik di Tasik China, anda boleh bermalam di Lake Chini Resort & pihak resort ini menawarkan pelbagai aktiviti outdoor menarik dengan bayaran pakej yang berpatutan. Antara aktiviti yang paling mengujakan di sini sudah tentulah boating tour di mana pengunjung akan dibawa menaiki bot melihat keindahan Tasik Chini yang saujana mata memandang. Tahukah anda, di Tasik Chini sangat popular di kalangan pelancong asing untuk melihat dengan lebih dekat keindahan pokok bunga teratai yang banyak didapati di sini.

Pada setiap bulan Ogos-September, permukaan Tasik Chini ini akan bertukar menjadi warna-warni kerana ribuan pokok bunga teratai berwarna putih & merah jambu akan tumbuh meliar di kawasan tasik. Selain itu, Tasik Chini juga kaya dengan pelbagai jenis ikan tawar & mengikut sumber, ada 114 spesis ikan air tawar di sini. Sesuai untuk mereka yang kaki pancing untuk melempias minat masing-masing di Tasik Chini pada hujung minggu. Resort di Tasik Chini ini juga ada menawarkan aktiviti-aktiviti outdoor menarik lain untuk pengunjung seperti paddling boat di tasik, ATV Fun Ride, memanah & sebagainya. Tawaran aktiviti menarik sebegini & dengan kemudahan fasiliti yang lengkap, sesuai untuk anda menganjur event-event seperti hari keluarga, seminar, team building, kursus, family outing & sebagainya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-4688088 | Facebook

  • Lake Chini Resort, 26690 Kampung Kuala Cini, Pahang

  • Sepanjang tahun

Harga Penginapan :

  • RM300.00 VIP
  • RM140.00 Deluxe
  • RM130.00 Standard
  • RM25.00 / Person Dormitory
  • RM500.00 Hall / Day

Untuk tawaran hebat, semak harga terkini Lake Chini Resort


45. Lanjut Beach & Golf Resort

resort menarik pantai lanjut pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang ingin mencari resort tepi pantai di Pahang yang menarik, salah satu destinasi penginapan yang disyorkan adalah Lanjut Beach & Golf Resort yang terletak di Kuala Rompin. Resort ini bukan sahaja sangat bagus dari segi bilik hotel semata-mata, malah lokasinya juga strategik & berdekatan dengan Pekan Kuala Rompin. Resort yang mendamaikan ini mempunyai lapangan golf yang besar & sesuai untuk mereka yang suka main golf beriadah bersama rakan-rakan. Resort ini menawarkan beberapa pilihan penginapan seperti Superior Twin, Superior Triple dan juga Family Connecting Superior Room. Di samping itu, terdapat juga kolam renang di resort ini yang pasti membuatkan anak-anak anda tidak sabar untuk terjun & bersuka ria.

Lokasinya juga berdekatan dengan pantai yang popular di Kuala Rompin iaitu Pantai Lanjut & juga Pantai Hiburan Rompin. Waktu petang, bolehlah bersantai & bersiar-siar di sini. Memandangkan lokasi hotel ini di muara Sungai Rompin yang juga merupakan kawasan pelabuhan nelayan, terdapat banyak pilihan restoran & medan ikan bakar yang sedap untuk anda menjamu selera. Selain itu, Kuala Rompin juga terkenal sebagai destinasi yang terbaik untuk anda mencari udang galah & juga ketam yang segar-segar. Lanjut Beach & Golf Resort ini masih baru dibuka tahun 2018, jadi segala fasiliti & kemudahan hotel di sini sudah tentulah berada pada tahap yang terbaik.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-4158888 | Facebook | Instagram | Website

  • Kampung Lanjut Kuala Rompin, 26800 Kuala Rompin, Pahang

  • sepanjang tahun

  • Harga bilik penginapan di Lanjut Beach & Golf Resort, semak sini.


46. De Rhu Beach Resort

resort tepi pantai menarik pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Ada bercadang nak berbulan madu di Kuantan atau bercuti bersama anak-anak di resort yang ada kolam mandi yang menarik tak ? Kalau ada, apa kata anda menginap di De Rhu Beach Resort yang terletak berdekatan dengan Pantai Balok & lokasinya hanya 8 km dari pusat Bandar Kuantan. Resort ini menawarkan pelbagai jenis pilihan bilik penginapan yang sesuai bersama pasangan ataupun bersama keluarga. Selain itu, di sini juga terdapat pelbagai pakej yang sesuai untuk mereka yang nak anjurkan acara hari keluarga ( family day), seminar, pakej honeymoon , kursus & sebagainya. Fasiliti untuk tetamu di sini juga sangat bagus & masih baru.

Kolam renang untuk tetamu di sini memang sangat besar, sesuai untuk kanak-kanak & juga orang dewasa yang ingin berenang. Pada waktu pagi, bolehlah anda bersiar-siar & jogging di pesisiran Pantai Balok sambil melihat matahari terbit. Memang sangat romantis kalau dapat bercuti di resort ini bersama yang tersayang ketika berbulan madu. Dari sini, anda boleh juga menuju ke Cherating & Bandar Chukai untuk melawat tempat-tempat menarik di sana & jaraknya hanya 30-40 minit memandu. Satu resort yang sangat menarik & sangat strategik untuk anda bercuti di Kuantan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-5579000 | Facebook | Website

  • Pantai Balok, 26080 Balok, Pahang

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


47. Danau Daun Chalets

danau daun chalet janda baik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda ingin percutian di resort menarik di Pahang yang berdekatan dengan KL & Selangor? Apa kata ke Danau Daun Chalets yang pasti akan memberi anda memori indah apabila menginap di sini bersama yang tersayang. Chalet eksklusif dengan suasana yang mendamaikan ini mempunyai beberapa pilihan penginapan yang berbeza harganya seperti Teratak Air, Hillside Cottage & sebagainya. Penginapan paling menarik & romantis di sini adalah Hillside Cottage yang menawarkan private infinity swimming pool yang dikelilingi dengan suasana kehijau alam semulajadi.

Kalau anda mencari destinasi berbulan madu di Pahang yang lebih santai dengan suasana yang menenangkan, Danau Daun Chalets perlu anda pertimbangkan untuk dilawati. Terdapat pelbagai kemudahan untuk pengunjung yang menginap di sini seperti BBQ pit, dipping pool & juga terdapat kolam ikan yang cantik yang sangat menenangkan jiwa. Satu destinasi penginapan yang sangat menarik untuk anda terokai bersama pasangan di Janda Baik, Pahang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6010-2397400 | Website

  • Lot 5347, Kg. Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Pahang, Malaysia

  • Beroperasi sepanjang tahun
  • Panggilan ( 9.00 am – 7.00 pm )

  • Semak kadar penginapan di website rasmi Danau Daun Chalets di sini


48. Swiss Garden Beach Resort Kuantan

swiss garden resort kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kalau bercuti ke Kuantan untuk beberapa hari & inginkan penginapan resort tepi pantai yang ada kolam & menarik, Swiss Garden Beach Resort adalah salah satu pilihan yang popular untuk anda pertimbangkan. Lokasinya sangat strategik di tepi pantai yang cantik & hanya 10 minit ke Bandar Kuantan. Sekitar resort ini juga terdapat banyak pilihan kedai makan menarik samaada untuk makan tengahari ataupun untuk makan malam. Pelbagai pilihan bilik yang disediakan di sini sesuai untuk mereka yang berpasangan ataupun berkeluarga besar.

Pantai di sekitar Swiss Garden Beach Resort juga sangat terjaga & bersih, sesuai untuk aktiviti santai-santai petang bersama yang tersayang ataupun untuk jogging pada waktu pagi. Paling menarik, di sini terdapat mini water theme park yang pasti membuatkan anak-anak tak sabar-sabar untuk bersuka ria. Bagi golongan dewasa yang pandai berenang, terdapat juga swimming pool yang agak dalam & tidak kurang menariknya untuk anda riadah petang.

Harga Hotel | Peta Lokasi | Jarak | 609-5488288 | Facebook | Instagram | Website

  • 2656~2657, Mukim Sungai Karang, Balok Beach, 26100 Beserah, Kuantan, Pahang

  • Destinasi penginapan ( sepanjang tahun)


49. Chengal Hill Retreat

penginapan menarik di pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda mencari destinasi percutian di Pahang yang mendamaikan & tidak jauh dari KL & Selangor? Sekiranya ya, maka Chengal Hill Retreat adalah destinasi yang perlu anda pertimbangkan untuk lawati & lokasinya hanya di Janda Baik. Chengal Hill Retreat merupakan sebuah tempat penginapan yang dikelilingi dengan keindahan rimbunan pokok menghijau & yang paling menarik, ada air sungai yang jernih serta sejuk yang hanya berdekatan dengan tempat anda bermalam. Pengalaman menginap di sini pasti memberikan anda satu pengalaman yang menyeronokkan & suasana sekelilingnya yang tenang pasti akan membuatkan anda hilang dari keserabutan suasana dalam bandar.

Selain mandi air sungai, terdapat pelbagai aktiviti menarik lain di Chengal Hill Retreat yang boleh anda lakukan seperti flying fox, meredah hutan, menunggang ATV, archery & sebagainya. Bagi yang inginkan pengalaman ber’camping‘ & berkhemah, Chengal Hill Retreat juga ada menyediakan kawasan perkhemahan yang selamat & sesuai untuk seisi sekeluarga. Sekali sekala, melakukan aktiviti perkhemahan bersama keluarga semestinya akan dapat mengeratkan silaturahim & aktiviti sebegini juga memang sangat bagus untuk anda meluangkan masa berkualiti bersama keluarga & anak-anak.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6017-2015118 | Facebook

  • Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, Pahang

  • Check in : 2.00 pm
  • Check out: 12.00 pm

  • Riverside Chalet 2 tingkat
    • RM 600
    • RM 350 ( untuk tingkat atas)
    • RM 250 ( untuk tingkat bawah)
  • Dorm Style Chalet
    • RM 900 untuk 9 orang
  • Water Chalet
    • RM 750 untuk 7 orang
  • Apachi
    • RM 250 untuk 2 orang

Untuk tempahan, sila hubungi: 017-201 5118


50. Fifty4Ferns

chalet menarik janda baik pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Memandangkan Negeri Pahang ini kaya dengan khazanah alam semulajadi yang menarik, maka tidak hairanlah begitu banyak penginapan yang berkonsepkan nature retreat yang boleh pelancong berkunjung. Salah satu destinasi penginapan menarik di Pahang yang boleh anda terjah adalah di Fiftty4Ferns yang menawarkan 12 unit chalet berkonsepkan kontemporari & moden. Walaupun lokasinya hanya di Janda Baik & tidak jauh dari KL, namun sebaik berada di sini anda akan terasa seperti bercuti di satu kawasan pedalaman yang jauh dari lokasi sebuah bandar.

Kawasan penginapan ini dikelilingi dengan kehijauan pokok-pokok & bukit bukau serta terdapat aliran sungai kecil yang jernih mengalir di perkarangan chalet. Menginap di chalet indah sebegini kadang-kadang akan membuatkan anda mengidam untuk memiliki sebuah rumah yang tenang & mendamaikan sebegini. Selain itu, terdapat juga kolam hiasan ikan koi yang cantik & kolam renang yang sangat menarik membiru untuk anda bersuka ria dengan anak-anak. Destinasi penginapan yang sangat romantis & berkonsepkan nature retreat ini memang sangat ideal untuk mereka yang inginkan ketenangan & sangat sesuai untuk dijadikan destinasi berbulan madu anda di Pahang.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-3883454 | Facebook | Instagram | Website

  • Fiftty4Ferns, Janda Baik, Pahang

  • Penginapan dibuka sepanjang tahun
  • Kolam Renang
    • 9:00 am – 7:00 pm
  • Outdoor jacuzzi
    • 3.00 pm -7.00 pm
  • ATV Rides
    • 10.00 am – 6.00 pm
  • Pet Farm
    • 9.00 am – 7.00 pm

  • Harga & Jenis Penginapan:
    • Standard Chalet: RM 400+
    • Anjung Kasih: RM 650++
    • Deluxe Chalet: RM 450++
    • Tree House: RM 480++
    • Pakis Suites: RM 850++
    • Fer Estates: RM 980++
  • ATV Rides
    • Dewasa: RM 85 / 30 minit
    • Kanak-kanak ( min 4 kaki): RM 65 / 3o minit


Taman Tema Menarik

51. Genting Highland

 apa menarik di genting highland pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Genting Highland bukanlah seperti Cameron Highland yang mempunyai tarikan yang lebih kepada santai & melihat panorama indah alam semulajadi tetapi lebih kepada destinasi riang ria di taman tema. Jadi sekiranya anda inginkan tempat yang lebih kepada keseronokan dengan aktiviti taman tema, Genting Highland adalah jawapannya. Namun, sejak 2013 Genting Outdoor Theme Park telah ditutup untuk tujuan menaik taraf kawasan hiburan di sini kepada theme park yang bernama ’20th Century Fox World’. Status samaada siap atau tidak masih lagi menjadi tanda tanya.

Namun, tidak bermakna tiada langsung aktiviti menarik lain di Genting Highland yang boleh dilakukan. Di sini juga ada aktiviti untuk pelancong menikmati keindahan alam. Anda boleh menaiki kereta kabel di Genting Highland menuju kepuncak bukit. Pemandangan dari kereta kabel menampakkan pemandangan hijau bukit sejuk yang berkabus ini pasti akan menenangkan jiwa sesiapa yang sedang bergelora.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Genting Highland, Pahang

Waktu Operasi Taman Tema Genting ( Indoor)

  • Isnin-Jumaat
    • 10.00 am – 12.00 am
  • Sabtu & Cuti Sekolah
    • 9.00 am – 1.00 am
  • Ahad & Cuti Umum
    • 9.00 am – 12.00 am

Waktu Operasi Taman Tema Video

  • Isnin-Jumaat
    • 9.00 am – 12.00 am
  • Sabtu & Cuti Sekolah
    • 8.00 am – 01.00 am
  • Ahad & Cuti Umum
    • 8.00 am – 12.00 am

Waktu Operasi Snow World Genting

  • Weekday
    • 10.00 am – 11.00 pm
  • Sabtu/Cuti Sekolah/ Cuti Am
    • 9.00 am – 12.00 am

*satu sesi = 30 minit


52. Kubang Gajah Waterpark

 taman tema air temerloh

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda bercuti ke Temerloh untuk memburu ikan patin gulai tempoyak bersama anak-anak? Apa kata, sebelum pergi makan anda bawa anak-anak untuk bersuka ria di Kubang Gajah Waterpark ini yang terletak betul-betul dalam Bandar Temerloh & berdekatan dengan beberapa destinasi makan menarik di Temerloh seperti Gobang Maju Patin Tempoyak, Gerai Bukit Angin & sebagainya. Destinasi taman tema air ini bukanlah sebesar Legoland Malaysia Resort Waterpark tetapi tetap mempunyai tarikan permainan air yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Gelongsor air & kolam mandi di sini lebih mesra untuk kanak-kanak sekolah rendah memandangkan kolamnya tidak dalam & gelongsor airnya juga tidak tinggi. Waterpark yang popular di Temerloh ini juga memang sangat berbaloi untuk anda lawati bukan sahaja kerana harga tiketnya yang murah, malah anda juga boleh membawa makanan luar masuk, jimat bukan ? Tidak seperti di kebanyakan taman tema air yang lain yang sangat ketat peraturannya. Sesudah penat bermain air & penat, barulah bawa keluarga bersantapan di restoran yang berdekatan yang menyajikan makanan popular di sini seperti ikan patin tempoyak, gulai ikan baung & sebagainya. Baru seronok makan apabila dah lapar & penat, kan?

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-3247782 | Facebook | Website

  • Kampung Sungai Rabit, 28000 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi Kubang Gajah Waterpark

  • 9.00 am – 7.00 malam
  • Rabu & Isnin tutup kecuali pada cuti sekolah

Harga Tiket Kubang Gajah Waterpark

  • Harga tiket hari biasa
    • Dewasa: RM 7.00
    • Kanak-kanak ( 2- 12 tahun): RM 5.00
    • Kanak-kanak ( bawah 2 tahun): Percuma
    • OKU : RM 3.00
    • Warga Emas ( >60 tahun) : RM 3.00
  • Harga tiket hari cuti / cuti sekolah / cuti umum
    • Dewasa: RM 10.00
    • Kanak-kanak ( 2- 12 tahun): RM 8.00
    • Kanak-kanak ( bawah 2 tahun): Percuma
    • OKU : RM 5.00
    • Warga Emas ( >60 tahun) : RM 5.00
  • Sewa Pondok Rehat:
    • RM 35.00

*makan boleh bawa masuk
*binatang piliharaan TIDAK boleh bawa masuk


53. Taman Rekreasi Wadi Al-Amin

waterpark temerloh pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Selain Kubang Gajah Waterpark, destinasi ini adalah satu lagi tempat mandi manda yang popular di Temerloh yang boleh anda lawati bersama keluarga. Kolam mandi yang melaksanakan dakwah melalui riadah ini hanya terletak kira-kira 6 km dari Bandar Temerloh. Lokasinya sangat mudah diakses & mempunyai beberapa kolam mandi yang sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa berkualiti bersama-sama. Bagi golongan hawa, terdapat tempat mandian yang berasingan tanpa bercampuran dengan golongan lelaki. Konsep tempat riadah sebegini terutamanya yang melibatkan aktiviti mandi manda memang sangat bagus & perlu dicontohi sebagai salah satu medan dakwah umat Islam.

Tarikan gelongsong air & kolam mandi di sini juga tidak kurang menariknya & pasti memberikan anak-anak keseronokan pada cuti sekolah atau pada hujung minggu. Dengan bayaran masuk yang sangat berpatutan & konsep tempat riadah Islamik sebegini, perlulah anda pertimbangkan untuk datang lawati apabila bercuti di Bandar Temerloh nanti.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6019-9889865 | Facebook

  • Kolam Tahfiz Berhala Gantang, Kampung Durian Burung, 28050 Temerloh, Pahang

Waktu Operasi Taman Rekreasi Wadi Al-Amin

  • Isnin
    • tutup kecuali cuti sekolah & cuti umum
  • Selasa-Jumaat
    • 3.00 pm – 6.30 pm
  • Sabtu – Ahad
    • 9.00 am – 6.30 pm
  • Cuti Umum
    • 9.00 am – 6.30 pm
  • Cuti Sekolah
    • 10.00 am – 6.30 pm

Harga Tiket Taman Rekreasi Wadi Al-Amin

  • Dewasa ( 18 tahun & keatas): RM 5.00
  • Kanak-kanak ( 1-17 tahun): RM 3.00
  • Warga Emas ( 70 tahun keatas) : Percuma
  • OKU: Percuma


54. Jengka Wonderland

jengka wonderland

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Kepada yang bawak anak-anak kecil bercuti di Pahang mesti mencari tempat taman tema air untuk anak-anak berseronok kan? Jadi, apa kata anda ke Jengka Wonderland yang terletak bersebelahan dengan JPJ Jengka. Anda pasti tak sangka yang terdapat taman tema di kawasan Felda yang telah dibuka semenjak 2018 lagi. Taman tema air ni takdalah besar sangat tapi puaslah untuk anak-anak anda bermain. Banyak je tarikan yang ada seperti gelongsor air dan kolam pantai berombak.

Harga masuk di sini memang sangat murah dan berpatutan. Yang paling menarik, anda boleh bawa makanan sendiri tau. Kalau taknak bawa pun jangan risau kerana mereka ada menjual makanan di dalam taman tema ini.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 0199327987 | Facebook

  • PT18047/1, Jalan Kilang, Persekitaran JPJ, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang

  • Setiap hari – 9.00 am – 7.00 pm
  • kecuali Khamis (kecuali cuti umum & cuti sekolah)

  • Dewasa :RM18
  • Kanak Kanak:RM15
  • Warga emas/Oku:RM10


Tempat Bersiar-Siar dan Makan Menarik

55. Cameron Highland

tempat percutian cameron highland menarik

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Cameron Highland, sebuah kawasan peranginan di tanah tinggi yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Destinasi percutian di Cameron Highland semestinya aktiviti yang perlu anda letakkan di senarai paling atas dalam jadual percutian anda di Pahang. Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, anda perlu membawa keluarga bercuti di Cameron Highland. Malah, ramai juga yang jadikan Cameron Highland sebagai destinasi berbulan madu di Pahang yang romantis.

Di sekitar Cameron Highland, banyak aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan samaada yang santai ataupun yang lasak. Kalau betul-betul anda ingin menerokai keindahan Cameron Highland, sekurang-kurangnya perlukan masa antara 2-4 hari & itupun kalau trafik tidak sesak. Antara aktiviti-aktiviti pelancongan yang sering menjadi tarikan pelancong di sini adalah melawat ladang teh, kebun strawberry, ladang anggur & sebagainya. Untuk melihat kesemua tarikan pelancongan di sini, sila terokai 22+ tempat menarik di Cameron Highland paling popular.

Whatsapp | Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Cameron Highland, Pahang

  • Destinasi peranginan di tanah tinggi ( sepanjang tahun)


56. Taman Esplanade Kuantan

taman esplanade kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang bercuti di Kuantan & buntu nak buat apa pada waktu petang atau malam, apa kata singgah sebentar untuk bersiar-siar di Taman Esplanade Kuantan. Destinasi ini merupakan salah satu tempat menarik di Kuantan pada waktu malam yang boleh anda lawati untuk lakukan aktiviti yang lebih kepada sight seeing & menikmati keindahan Sungai Kuantan. Laluan jalan kaki berbata sepanjang tebing Sungai Kuantan ini memang agak panjang sekitar 1 km -2 km. Terdapat banyak gerai di sepanjang laluan ini yang boleh anda mencari makanan-makanan santai orang setempat. Pada waktu petang atau malam, kaki pancing juga ramai yang ada di sini untuk memburu ikan sungai di Sungai Kuantan.

Bagi yang ada anak-anak, bolehlah bawa mereka bermain-main di taman permainan yang ada di sini yang tidak kurang menariknya. Di sini juga terdapat satu medan selera yang agak meriah & mempunyai banyak pilihan makanan seperti masakan panas, ikan bakar & sebagainya. Dari segi sejarahnya, lokasi Taman Esplanade Kuantan ini dipercayai merupakan penempatan awal penduduk bandar Kuantan yang dikatakan berasal dari satu daerah yang bernama Kuantan yang terletak di Sumatera, Indonesia.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Taman Esplanade Kuantan

  • Destinasi rekreasi awam ( 24 jam)

  • Destinasi rekreasi awam ( percuma)


57. 3D Gallery Sungai Lembing

muzium 3d pahang sungai lembing

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang inginkan aktiviti menyeronokkan sambil-sambil bergambar bersama keluarga, apa kata ke Muzium 3D yang terletak di Sungai Lembing. Mungkin selepas penat mendaki di Bukit Panorama pada waktu pagi untuk melihat fenomena matahari terbit, bolehlah pula membawa anak-anak ke sini. Memandangkan galeri ini tertutup, maka sangat sesuai untuk anda lawati pada waktu tengahari ketika matahari terpacak terik di atas kepala. Waktu petang bolehlah pula buat aktiviti outdoor lain di Sungai Lembing.

Lokasinya juga tidak jauh dengan satu lagi tempat menarik di Sungai Lembing, iaitu Muzium Sungai Lembing yang terletak kira-kira 700  m dari sini. Seperti juga di mana-mana muzium 3D lain, destinasi ini juga menawarkan pelbagai lukisan mural 3D yang sangat menarik untuk anda bergambar secara berkumpulan. Mungkin anda akan dapat habiskan masa di sini sekitar 30-40 minit. Destinasi sebegini, memang sangat menyeronokkan untuk dilawati bersama keluarga & rakan-rakan, baru lebih meriah bukan?

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 6012-9862299 | Facebook

  • 27, North Canton Street, Sg Lembing, 26300, Sungai Lembing, 26200 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi 3D Gallery Sungai Lembing

  • 9.30 am – 6.00 pm

Harga Tiket 3D Gallery Sungai Lembing

  • Dewasa;
    • RM 12.00
  • Kanak-kanak ( 130cm kebawah & 2 tahun keatas):
    • RM 10.00


58. Ikan Bakar Tanjung Lumpur

 ana ikan bakar petai pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tanjung Lumpur merupakan destinasi yang sangat popular di kalangan orang setempat & pelancong kerana di sinilah terletaknya banyak tempat makan malam menarik di Kuantan yang menghidangkan menu makanan seperti ikan bakar petai, kerang bakar & masakan panas ala Thai. Sekitar Tanjung Lumpur ini ada beberapa medan ikan bakar & restoran yang popular seperti Ana Ikan Bakar Petai 1, Mail Ikan Bakar & sebagainya.

Destinasi ikan bakar di Tanjung Lumpur ada juga yang terletak di sebelah kawasan pantai di mana anda perlu masuk jalan kampung sebelum berjumpa dengan simpang 3 di Kuantan Waterfront Resort City Show Gallery. Di kawasan tepi pantai ini, terdapat 5-6 deretan medan ikan bakar yang juga sering menjadi kunjungan pelancong & orang setempat untuk makan malam.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

  • Destinasi makan malam ( 5.00 pm – 1.oo am )
  • Waktu operasi bergantung kepada restoran pilihan anda

  • Destinasi makan malam ( Bergantung pada bajet )


59. Natural Batik Village

tempat shopping menarik kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi mereka yang ingin mencari barangan & cenderahati yang istimewa untuk orang tersayang di rumah, apa kata ke Natural Batik Village di Pantai Balok, Kuatan. Lokasinya juga sangat mudah diakses dari Bandar Kuantan & hanya berdekatan dengan De Rhu Beach Resort. Destinasi ini menawarkan pelbagai jenis produk batik yang dihasilkan di sini & yang paling menarik, pelancong juga berpeluang untuk merasai pengalaman mewarna batik & mencorak sendiri batik untuk pakaian/batik anda. Pelbagai jenis produk batik yang ada di sini untuk anda beli pada harga berpatutan seperti topi batik, batik bandana, skaf batik, kotak hiasan batik, kain sarong & macam-macam lagi.

Bagi yang berkeluarga & ada anak-anak, destinasi ini cukup sesuai untuk anda lawati bagi meluangkan masa berkualiti bersama dengan mewarna batik di samping dapat juga belajar tentang cara mencanting & menghasilkan batik. Sekiranya anda inginkan pengalaman menghasilkan pakaian batik/t-shirt sendiri, sebaiknya datang waktu pagi kerana corak yang baru siap anda warnakan memerlukan masa yang agak lama untuk kering. Namun, sekiranya anda bermalam di hotel berdekatan seperti Swiss Garden Beach Resort, Adena Beach Resort Sungai Karang atau di De Rhu Beach Resort mungkin tiada masalah untuk anda datang kembali keesokannya untuk mendapatkan master piece batik DIY anda.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-5448335 | Facebook | Website

  • Lot 4898, Batu 9 1/2, Jalan Kemaman, Kampung Chengkol Lempong, Balok, 26100 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi Natural Batik Village

  • 10.00 am – 7.00 pm

  • Tempahan/harga untuk menyertai aktiviti seperti mewarnai batik, melihat proses buat batik & sebagainya, sila berhubung di
    • 09-544 8335


60. Taman Gelora

taman gelora kuantan pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bagi yang ingin lakukan aktiviti santai & riadah petang di sekitar Bandar Kuantan, satu destinasi yang sangat menarik untuk anda terokai adalah di Taman Gelora yang juga merupakan sebuah taman rekreasi bertasik & juga di tepi pantai. Di sini, terdapat laluan jogging yang luas & sangat terjaga untuk anda bersenam pada waktu pagi atau petang. Landskap taman di sini juga sangat menarik kerana terdapat banyak pokok-pokok yang merimbun tinggi & suasananya juga redup walaupun waktu tengahari. Dari sini anda boleh melihat pemandangan pantai & bersiar-siar di sekeliling tasik yang banyak sekali pokok-pokok bunga warna warni.

Di Taman Gelora juga ada foodcourt yang banyak pilihan makanan untuk anda makan petang selepas penat bersiar-siar di sini. Setiap hujung minggu, destinasi ini menjadi lebih meriah kerana ada pelancong yang datang bergambar, ada penduduk setempat yang ber’zumba’ & tidak kurang juga golongan keluarga yang membawa anak-anak beriadah bagi meluangkan masa berkualiti bersama. Kemudahan fasiliti di sini memang sangat bagus untuk pengunjung & lokasi masjid ( Masjid Tanjung Api) juga bersebelahan sahaja dengan taman ini. Satu tempat menarik di Kuantan untuk anda tenangkan fikiran & mungkin juga untuk sesi bergambar bersama sebagai kenang kenangan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Jalan Dato Abdullah, Kampung Tanjung Api, 25050 Kuantan, Pahang

  • Destinasi taman rekreasi awam ( 24 jam)

  • Destinasi taman rekreasi awam ( percuma)


61. Petrosains Play Smart Kuantan

 tempat menarik pahang kanak kanak

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Destinasi ini merupakan satu tempat menarik di Kuantan untuk kanak-kanak merangsang daya pemikiran kerana begitu banyak pameran & permainan interaktif yang lebih kepada ilmu sains & teknologi. Lokasinya berdekatan dengan jeti Kuatan River Cruise & sangat ideal untuk dijadikan destinasi lawatan sambil belajar rombongan sekolah. Paling menarik, tiada bayaran masuk dikenakan. Sayang sekali, waktu operasi untuk ke Petrosains Play Smart Kuantan ini hanya pada waktu pejabat & ditutup pada hujung minggu serta cuti umum.

Pameran di Petrosains ini bukanlah sebesar seperti di Kuala Lumpur & Alor Setar, namun masih memadai untuk anda membawa anak-anak bagi melihat tarikan yang ada di sini. Memang menyeronokkan apabila melihat telatah anak-anak yang kadang-kadang macam terpegun kerana mungkin terasa pelik dengan apa yang sedang berlaku di sekeliling. Satu tempat yang sangat bagus untuk anak-anak kecil belajar ilmu sains dengan cara yang menyeronokkan.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | 609-5142290 | Facebook | Website

Petrosains Playsmart Kuantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Kemunting, Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Waktu Operasi Petrosains Play Smart Kuantan

Selasa- Sabtu

  • 9.00 am – 5.00 pm
  • 1.00 pm – 2.00 pm (tutup)

Jumaat

  • 9.00 am – 5.00 pm
  • 12.00 pm – 2.30 pm (tutup)

Ahad, Isnin & Cuti Umum

  • Tutup

Harga Tiket Petrosains Play Smart Kuantan

  • Percuma


62. Genting Premium Outlet

genting premium outlet

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Genting Premium Outlet merupakan pusat membeli-belah di Genting yang potongan harganya memang kaw-kaw potong. Kedai-kedai di sini memang semunya berjenama dan harganya jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Dari jenama-jenama yang biasa seperti Cotton On dan Typo hinggalah jenama mewah seperti Burberry, Moschino dan Michael Kors. Di sini juga kalau anda nak beli kasut-kasut sukan daripada jenama Nike, Adidas serta Puma memang berbaloi sangat. Anda yang kaki shopping mesti akan teruja sangat datang ke sini lagi-lagi kaum wanita.

Bukan itu sahaja, kalau dah penat berjalan-jalan cari-cari barang, anda boleh je singgah makan di medan selera yang ada di sini. Makan juga sedap-sedap belaka. Tempat pun luas dan bersih. Memang sesuai sangat jikalau anda nak datang beramai-ramai. Surau dan tandas yang bersih juga disediakan. Ditambah pula, reka bentuk serta hiasan tempat ini yang kelihatan sangat mewah.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 0364338888 | Facebook | Website

  • KM13, 69000 Genting Highlands, Pahang

  • 10.00 am – 10.00 pm

  • Percuma


63. Bukit Fraser

tempat menarik bukit fraser pahang

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Diberi jolokan nama ‘ The Little England of Malaysia’, Bukit Fraser merupakan satu lagi destinasi pelancongan di Pahang yang ideal untuk mereka yang inginkan percutian di kawasan yang sejuk pada suhu 17 darjah celsius. Konsep bangunan-bangunan Inggeris lama di sini semestinya membuatkan anda terasa seperti kembali ke zaman Inggeris dulu-dulu. Bagi yang suka bersantai & bergambar dalam suasana landskap yang unik, Bukit Fraser adalah satu destinasi yang perlu anda pertimbangkan untuk dilawati.

Bagi kaki sukan golf, anda juga boleh melempiaskan keinginan bermain golf di Fraser’s Hill Golf & Country Club yang mempunyai lapangan 18 lubang. Sepanjang perjalanan menuju ke Bukit Fraser melalui Batang Kali ataupun Kubu Baru, anda juga boleh singgah di beberapa destinasi menarik seperti Santuari Ikan Sungai Chiling, Empangan Kuala Kubu Baru ataupun Air Terjun Alor Lempah. Pilihan penginapan di puncak Bukit Fraser tidaklah terlalu banyak seperti di Brinchang, Cameron Highland, namun sekiranya anda ingin bermalam di sini ada beberapa pilihan yang berbaloi untuk anda cuba seperti di Shahzan Inn Fraser’s Hill, Puncak Inn, Fraser Silver Park Resort & juga TM Resort Sri Peninjau.  Walaupun pilihan aktiviti percutian tidaklah sebanyak seperti di Cameron Highland namun sekiranya anda masih ingin bercuti di kawasan tanah tinggi yang sejuk & tidaklah terlalu sesak seperti di Cameron Highland, Bukit Fraser adalah jawapannya.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak | Baca Lagi

  • Bukit Fraser, Raub, Pahang

  • Destinasi peranginan tanah tinggi ( Sepanjang Tahun)

  • Untuk cari penginapan di Bukit Fraser, semak sini


64. Bukit Tinggi

 apa menarik di pahang bukit tinggi

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Tidaklah sebesar seperti di Tanah Tinggi Cameron, namun Bukit Tinggi juga memang sesuai untuk mereka yang inginkan percutian di kawasan sejuk dan nyaman. Yang paling menarik di sini ialah struktur-struktur bangunan yang berkonsepkan senibina Eropah lama (French countryside) dan apabila berada di sini seolah-olah seperti sedang bercuti di kampung-kampung di Eropah. Aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan ialah melawat Japanese Village, Adventure Park dan Rabbit Farm.

Memandangkan lokasinya juga tidak jauh dari KL & hanya susur keluar melalui lebuhraya, Bukit Tinggi sering menjadi tempat percutian hujung minggu warga kota. Terdapat juga beberapa pilihan penginapan di Bukit Tinggi yang selesa & lengkap dengan fasiliti untuk mereka yang nak anjurkan program seperti team building, seminar, family day & family outing. Antara penginapan popular di Bukit Tinggi adalah Berjaya Hill Golf & Country Club, Colmar Tropical Bukit Tinggi Resort & juga resort mewah seperti di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort.

Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Jarak

  • Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

  • Destinasi peranginan tanah tinggi ( Sepanjang Tahun)


65. Perkampungan Jepun

japanese village

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Anda mesti mengidam kan nak pergi Jepun tapi malangnya bajet tidak menyebelahi anda? Jangan risau di Pahang pun anda boleh merasai pengalaman berada di Jepun. Walaupun tidaklah semegah di Jepun tetapi di Perkampungan Jepun (Japanese Village) yang terletak di dalam Taman Jepun ini anda dapat merasai sendiri pengalaman macam berada di Jepun. Manakan tidak, seni bina rumah kampung Jepun serta kolam ikan Koi dapat dilihat di sini. Memang cantik tau pemandangan di sini, sambil-sambil tu boleh feeling jadi orang Jepun dengan menyewa pakaian traditional mereka.

Di sini, anda boleh jalan-jalan di dalam kampung Jepun ini sambil bergambar-gambar. Lepastu anda juga boleh cuba minum teh Jepun. Anda boleh tengok cara-cara minum teh mereka dengan betul. Memang seronok kan dapat menikmati suasana lain sikit di Malaysia ni.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 092213888 | Website

  • km 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, 28750

  • 9.30 am – 5.00 pm

  • Dewasa: RM 15
  • Kanak-kanak (4-12 tahun): RM 8


66. Kampung Taman Sedia

kampung taman sedia

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Nak dapatkan strawberi di Cameron Highland ni memang mudah sekali. Terdapat banyak ladang strawberi yang ada. Salah satu tempat yang anda boleh dapatkan strawberi yang dijual oleh peniaga muslim ialah di Kampung Taman Sedia. Di sini, anda boleh memetik sendiri strwaberi yang anda ingini serta seberapa banyak yang anda nak. Besar-besar juga strawberi yang ada tau, memang puas tengok. Selain itu, ada juga buah lain yang boleh anda beli seperti buah anggur hijau. Ladang-ladang di sini memang cantik dan sesuai sangat nak tangkap gambar. Anda kalau nak datang tu lebih baik datang pagi kerana tempat ini selalu ramai orang terutama pada hari cuti serta tempat letak kereta juga agak terhad.

Makanan-makanan halal memang banyak sangat di sini dan mudah dijumpai kerana penduduknya yang memang ramai orang Melayu. Anda boleh dapatkan nasi lemak serta makanan berasakan strawberi seperti ais krim dan puding. Memang sedap kalau datang sini untuk makan-makan dan tenangkan fikiran disertakan pula udara yang sejuk. Tempat penginapan juga banyak ada untuk anda menginap.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 0132300416 | Facebook

  • 12, 59, Cameron Higlands, 59, Cameron Higlands, 39000 Tanah Rata, Pahang

  • Setiap hari

  • Percuma


67. Bilut Extreme Park

bilut extreme park

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Bilut Extreme Park di Bentong, Pahang merupakan salah satu destinasi yang perlu anda terjah sekiranya anda datang dengan kumpulan yang besar dan gemar melakukan aktiviti lasak. Di sini, anda boleh lakukan aktiviti ATV, paintball, memanah dan macam-macam lagi. Seronok tau dapat buat aktiviti-aktiviti ini bersama rakan-rakan serta keluarga. Kalau anda nak main ATV tu, mereka akan melalui laluan yang mencabar di sekitar ladang getah disini serta anda akan melalui sungai yang airnya agak cetek tetapi berbatu-batu. Memang mencabar lah katakan.

Memang sesuai datang ke sini lagi-lagi jika anda ingin melakukan aktiviti seperti team building dan hari keluarga. Ianya bagus untuk anda menghirup udara baru yang bebas daripada kesibukan kota. Anda pasti takkan menyesal pergi ke sini untuk berseronok. Sila ke laman web mereka untuk melihat promosi dan pakej terkini.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 0146088803 | Facebook | Website

  • Kampung Baharu, 27600 Bentong, Pahang

  • 9.30 am – 6.00 pm kecuali Rabu

  • Bermula serendah RM 80


68. Green View Garden

green view garden

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Memandangkan di Tanah Tinggi Cameron memang banyak taman-taman bunga, jadi memang tak sah kalau anda tak pergi ke Green View Garden juga. Banyak tau bunga-bunga yang cantik yang pastinya dapat menyejukkan mata anda dengan warna-warni bunga itu sendiri. Anda boleh dapatkan bunga Lavender, Geranium dan banyak lagi. Memang digalakkan anda untuk berjalan-jalan menikmati keindahan alam. Selain itu, ada juga buah-buahan yang boleh anda petik dan beli seperti strawberi dan anggur hijau. Kalau nak tengok haiwan seperti arnab dan itik pun ada juga. Memang menarik tempat ni.

Bagi menambah lagi tarikan di sini, mereka ada menyediakan produk-produk berasaskan tanaman mereka seperti ais krim strawberi dan beberapa pencuci mulut lain. Rasanya memang sedap dan ianya kelihat sangat menyelerakan sampai nak makan pun sayang. Makanan berat pun ada juga untuk anda jamu sambil melihat keindahan alam. Jangan risau kerana makanan Jepun dan Barat mereka halal.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | 054981982 | Facebook | Website

  • 609, UT/KR/F609 Jalan Simpang Pulai, Kampung Raja, 39010, Pahang

  • 9.00 am – 6.30 pm

  • Percuma


69. Jurrasic Research Centre

jurrasic research centre

  • Info
  • Alamat
  • Waktu Operasi
  • Harga Tiket

Jika anda teringin nak pergi tempat yang ala-ala cerita Jurrasic Park, anda perlu pergi ke Jurrasic Research Centre di Genting yang terletak di SkyAvenue. Anda akan dapat melihat pelbagai jenis dinasour daripada besar sehinggalah kecil. Di sini, anda serta anak-anak anda dapat belajar tentang dinasour dan melihat sejarah tentang haiwan purba ini. Ketika masuk, anda akan mendengar ngauman dinasour-dinasour yang pasti akan membuatkan anda lebih teruja. Tapi tempat ini agak menyeramkan bagi anak-anak kecil kerana suara latar dan rupa dinasour itu sendiri ditambah pula suasana misteri di dalam. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu menerangkan tentang dinasour ini kepada anak-anak anda yang takut tu.

Ada sebilangan dinasour animatronik di sini yang akan bergerak sedikit. Memang nampak macam betul-betul hidup dan akan terjah anda. Tempat ini memang paling bagus kalau dapat bawa anak-anak yang sedang membesar agar mereka dapat belajar dan membuka minda mengenai dinasour. Ia juga akan menarik sifat ingin tahu mereka.

 Hotel Terdekat | Peta Lokasi | Website

  • Lot SA – T2C – B15, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

  • Khamis – Isnin: 9.00 am – 10.30 pm
  • Selasa – Rabu: 10.00 am – 8.00 pm

  • Dewasa – RM50
  • Kanak-kanak – RM45
  • Ahli dewasa- RM45
  • Ahli kanak-kanak – RM40


Tempat Penginapan Menarik di Pahang

Banyak bukan destinasi & aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan kalau bercuti di Pahang. Memandangkan sempadan Pahang hanya bersebelahan dengan Selangor, tidak hairanlah setiap hujung minggu ramai warga kota dari KL yang datang bercuti bersama keluarga di Pahang terutamanya di kawasan peranginan seperti Cameron Highland, Bukit Tinggi, Bukit Fraser & sebagainya. Malah pilihan penginapan seperti resort & chalets yang ada di sekitar kawasan peranginan tanah tinggi ini juga banyak yang menarik & sangat romantis untuk dijadikan sebagai destinasi berbulan madu anda. Memandangkan Negeri Pahang sangat besar, jadi pilihlah pilihan penginapan yang strategik & berdekatan dengan destinasi yang anda nak lawati.

Tempat Makan Menarik di Pahang

Selain itu, Pahang juga terkenal dengan banyak juadah makanan tradional & lauk pauk yang sangat sedap untuk aktiviti jalan jalan cari makan anda di Pahang. Antara menu yang mesti cuba sudah tentulah lauk yang berasaskan ikan sungai seperti patin masak tempoyak, ikan karai goreng, gulai ikan baung & sebagainya. Semoga senarai 52+ tempat percutian & aktiviti menarik di Negeri Pahang seperti di atas akan memberi anda inspirasi untuk bercuti di negeri yang terkenal dengan jolokan nama Negeri Tok Gajah ini. Selamat cuti-cuti Malaysia di Pahang. Wassalam.

Baca lagi:

4.2/5 - (92 votes)

Anda Mungkin Berminat

14 Tempat Hiking Di Pahang Yang Menakjubkan Dengan Pemandangan Indah

Hiking merupakan salah satu aktiviti yang memenatkan dan menggunakan stamina yang tinggi. Walaupun begitu, banyak manfaat yang boleh diperoleh jika kita melakukan aktiviti seperti...

7 Air Terjun TERBAIK Di Pahang Untuk Hujung Minggu

Negeri Pahang menjadi salah satu negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negeri lain seperti Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, barat Negeri Sembilan, dan...

10 Camping & Glamping Di Pahang – Percutian Lain Dari Lain

Bercuti di Pahang memang sering menjadi destinasi pilihan para pelancong kerana versatiliti tempat pelancongan negeri ini sendiri. Banyak tempat menarik di Pahang yang wajib...

Pantai Teluk Cempedak Di Pahang- Pantai Menarik Untuk Dikunjungi

Pahang merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber alam semula jadi dan pelbagai habitat flora fauna yang terpelihara dengan baik. Justeru itu, Pahang juga...

4 KOMEN

Subscribe
Notify of
guest

4 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Masitah
Masitah
4 years ago

Tasik Bera, menyediakan tempat penginapan. Bot laju, dan bot persiaran. Bot pemancing. Sangat sesuai untuk peminat ikan air tawar. Mahu berkhemah juga boleh. Sudah tentu yg minat dengan suasana rimba jauh dari hiruk pikuk bandar digalakkan ke sini.

Sharifah Zainah Binti
Sharifah Zainah Binti
4 years ago
Reply to  Masitah

Akak dah !7 thh duk diBera, belum pernah sekali pun dapat peluang untuk melawat ketasik bera tu

roslina
roslina
4 years ago
Reply to  Masitah

ada pakej penginapan x kat sana?

Anak Jati Pahang
Anak Jati Pahang
4 years ago

review mike sangat cemerlang psl pahang ! welcome to Pahang :)

Hubungi Kami

4
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x