Tempat Membeli Belah di Shah Alam

Shah Alam terkenal dengan banyak tempat membeli belah yang menarik yang boleh anda lawati samaada untuk mencari cenderahati mahupun hanya untuk cuci cuci mata. Destinasi di bawah merupakan beberapa tempat shopping baik kompleks pasaraya mahupun pasar yang ada di Shah Alam.


Semoga memberi anda inspirasi untuk mereka yang kaki shopping mencari destinasi menarik di Shah Alam untuk terapi minda dengan cara anda tersendiri.



5 Destinasi Membeli Belah Menarik di Shah Alam, Selangor

Setia City Mall shah alamSetia City Mall – Merupakan sebuah kompleks membeli belah yang masih baru yang ada di Shah Alam. Di sini terdapat pelbagai jenis produk samaada berjenama tempatan atau luar untuk dibeli. Tarikan hiburan keluarga juga banyak seperti bowling, wayang, capcom station dan sebagainya. Memang sesuai untuk anda shopping mahupun sekadar untuk menghabiskan masa dengan hiburan indoor yang ada di sini.


Plaza SACC shah alamPlaza SACC – Sebuah pasaraya di Shah Alam yang sangat menarik dari segi senibinanya dan banyak juga pilihan restoran yang menarik yang ada di sini. Berjalan dan cuci cuci mata di sini lebih menenangkan kerana kawasan jalan kaki yang lebih lapang dan tidak terlalu sempit seperti di beberapa kompleks membeli belah yang lain. Pilihan barangan yang ada di sini juga tidak kurang banyaknya.


Plaza Alam Central shah alamPlaza Alam Central – Sebuah kompleks membeli belah yang agak besar dan mempunyai lot kedai yang sangat banyak dan pilihan restoran-restoran yang menarik yang banyak. Setiap hujung minggu memang ramai warga Shah Alam yang datang ke sini untuk shopping dan santai-santai bersama kawan-kawan bermain bowling atau tengok wayang. Tingakt 3 di dalam kompleks ini khas untuk barangan IT dan yang menariknya, wifi free juga disediakan.


Kompleks PKNS Shah AlamKompleks PKNS Shah Alam – Terletak di dalam satu kompleks bangunan yang tidak berapa baru dan rata-rata peniaga di sini adalah golongan Melayu. Konsep perniagaan di sini lebih kepada bazar dan beberapa lot kedai. Kalau anda ingin mencari pakaian wanita seperti baju kurung, tudung dan sebagainya, sangat dicadangkan untuk jenguk-jenguk ke sini. Setiap kali bulan Ramadhan mesti penuh dengan kunjungan warga Shah Alam untuk mencari baju raya.


uptown shah alam menarik malamUptown Shah Alam Seksyen 24 – Merupakan sebuah uptown (bazar larut malam) yang terletak di Kompleks Muhibbah Shah Alam Seksyen 24 dan diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Di sini menempatkan lebih 400 buah kedai dan bazar yang menjual pelbagai jenis barangan yang boleh anda beli. Beroperasi seawal 8.30 malam sehinggalah ke 3 pagi. Satu tempat menarik di Shah Alam pada waktu malam yang boleh anda lawati kelak.


Walaupun kawasan Shah Alam tidak mempunyai terlalu banyak pilihan destinasi tempat shopping dan membeli belah, namun mujurlah lokasinya yang berdekatan dengan kawasan lain yang banyak dengan shopping mall seperti di Petaling Jaya mahupun Subang Jaya. Wassalam.

Tempat Membeli Belah di Shah Alam
3.7 (74.29%) 7 votes
  • 1
    Share

Sila Komen

Sila SHARE