Isi Kandungan
Adakah anda bersetuju sekiranya kami mengatakan bahawa proses pinjaman sememangnya susah dan sebahagian daripada anda mungkin tidak mendapat pinjaman seperti yang diinginkan? Jika ya, jom kita bersama-sama mengetahui tips untuk mendapatkan pinjaman dan mendapatkan kelulusan pinjaman dari bank. Yang pertama, sebelum memohon anda haruslah memeriksa rekod kewangan anda. Seandainya anda memiliki rekod yang tidak elok seperti lambat membayar pinjaman kereta, kemungkinan permohonan pinjaman baru anda tidak akan diluluskan. Yang kedua, berdisplin dalam menyelesaikan pinjaman anda dalam tempoh yang ditetapkan. Seterusnya, anda hendaklah membaca semua syarat sebelum memohon pinjaman dan adakah anda betul-betul layak untuk membuat pinjaman tersebut. Mulakan merekod kredit anda untuk menigkatkan tahap kelulusan permohonan pinjaman anda dengan pihak bank dan pastikan anda tidak mempunyai rekod hutang kredit. Simpanan akaun anda hendaklah mempunyai sejumlah wang sebagai baki. Akhir sekali, letakkan diri anda sebagai pihak bank dan anda mempunyai permohonan tetapi rekod kewangan mereka sangat teruk. Adakah anda akan meluluskan permohonan tersebut? Anda boleh berfikir sejenak dan membuat keputusan pemilihan pinjaman dengan tepat.
Berikut merupakan senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar kpkt yang menawarkan pinjaman kewangan untuk anda. Jangan lupa untuk menyemak syarat kelayakan permohonan dan dokumen yang diperlukan serta keistimewaan pinjaman tersebut berbanding styarikat pinjaman yang lain. Kami berharap anda membuat keputusan yang betul dan tepat.
Pinjaman wang berlesen Sungai Petani
1. Rancak Ekonomi Sdn Bhd, Jalan Perdana Height 2
Pemohon yang tinggal di Alor Setar dan Sungai Petani boleh memohon. Pinjaman wang cepat ini dibawah syarikat Rancak Ekonomi Sdn Bhd. Antara perkhidmatan pinjaman yang disediakan untuk pelanggan ialah pinjaman peribadi, perniagaan, peribadi swasta, pinjaman wang berlesen, dan pinjaman wang segera. Anda boleh memilih sama ada terima bayaran dalam bentuk cek, tunai atau pindahan melalui bank. Pinjaman ditawarkan kepada sesiapa yang menerima gaji melalui bank, sama ada untuk pekerja swasta, pekerja kilang, kakitangan kerajaan, orang yang sudah pencen atau yang sedang menerima perkeso, semua akan layak dan dipertimbangkan untuk menerima tawaran pinjaman dari Rancak Ekonomi.
Anda mempunyai soalan tertentu? Jika ya, anda boleh berhubung terus melalui whatsapp mereka.
Alamat: No 45, Jalan Perdana Height 2, 2, Persiaran Perdana Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9.00am–5.30pm, sabtu: 9.00am–2.30pm
Lokasi | Laman web | Email | Tel: +60192597333
2. Kerlingan Emas Sdn Bhd, Jalan Kampung Baru
Kerlingan Emas Sdn Bhd adalah syarikat pinjaman wang berlesen Sungai Petani yang menawarkan penyelesaian kewangan iaitu pinjaman perniagaan dan pinjaman peribadi. Tambahan pula, menawarkan tempoh pulangan 5 tahun untuk semua jenis skim pinjaman. Syarikat ini akan memberikan pakej yang sesuai mengikut masalah kewangan anda. Kadar faedah terendah iaitu 5% dan komisen 10% untuk setiap pemohon yang Jumlah pinjaman kewangan sehingga RM100,000. Minimum pendapatan pemohon haruslah RM1000 ke atas. Kelayakan permohonan bagi rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Pemohon akan menerima wang dari pinjaman wang berlesen Sungai Petani ini melalui kredit bank secara automatik.
Alamat: 1st Floor, No, 24G, Jalan Kampung Baru, Taman Patani Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9am–6pm, sabtu: 9am–2pm
Lokasi | Laman web | Ulasan Bisnes
3. Mavermor Maju Sdn Bhd, Lagenda Height
Mavermor Maju Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan kredit komuniti untuk membantu mereka yang terjejas mendapatkan pinjaman kewangan. Mavermor Maju Sdn Bhd juga memiliki cawangan lain sekitar Kedah iaitu di Alor Setar, Bertam dan Relau. Kadar faedah 1.5% sebulan. Penjamin tidak diperlukan untuk membuat pinjaman. Antara individu yang layak memohon ialah pekerja kilang, swasta, kerajaan, individu yang memohon pinjaman bank tetapi tidak lulus, blacklist bank CTOS atau CCRIS. Perunding syarikat ini akan menghubungi anda dalam tempoh 24 Jam setelah anda memohon dan wang akan diberikan beberapa jam selepas dokumen perjanjian selesai.
Alamat: No.88 First Floor, Jalan Lagenda 1, Taman Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 9.30am–5pm
Lokasi | Laman web | Facebook | Ulasan Bisnes
4. Double Gold Enterprise, Taman Ria Jaya
Syarikat Double Gold Enterprise menyediakan pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai dengan menawarkan pinjaman bermula dari RM100 sehingga RM50,000. Kadar faedah pula tidak melebihi 18% setahun. Syarikat ini terletak berdekatan dengan Maybank dan Cash Store. Pemohonan pinjaman tanpa memerlukan wang pendahuluan dan penjamin, tetapi kelayakan pinjaman bergantung kepada gaji anda.
Alamat: 137, Jalan Inai, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – sabtu: 9.30am–6pm
5. Pinjam Gadai Sungai Petani, Taman Sejati Indah
Pinjam Gadai Sungai Petani menawarkan kadar faedah tahunan tidak lebih daripada 18%. Barangan cagaran yang diutamakan dan diterima syarikat ini ialah barangan emas. Individu yang berminat dengan pinjaman kewangan ini, anda boleh mendaftar secara terus di laman web Pinjam Gadai. Kedai pertama Pinjam Gadai dibuka di Jitra, Kedah. Syarikat ini menawarkan skim pinjaman jangka pendek untuk tempoh pinjaman 3 – 6 bulan.
Alamat: C58, Jalan Permatang Gedong, Taman Sejati Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu Operasi: Jumaat (tutup), Sabtu – khamis: 9am–6pm
Lokasi | Laman web | Facebook | Email | Ulasan Bisnes
Pinjaman wang berlesen Alor Setar
6. Pinjam Gadai Alor Setar, Bandar Alor Setar
Syarikat ini mempunyai beberapa cawangan lain yang terletak di Kedah dan Perlis. Syarikat ini menggunakan perisian Pinjam Gadai yang canggih dan bersedia untuk mencetak dokumen perjanjian pinjaman untuk pelanggan. Pemohon akan menandatangani perjanjian bertulis di pejabat mereka dan pinjaman wang berlesen di syarikat ini boleh dipercayai. Tambahan pula, syarikat ini berhampiran dengan Optometris Faizah dan Pusat Pasaran Ekonomi. Kesemua cawangan Pinjam Gadai juga telah diubahsuai dengan kaunter kalis peluru dan kawalan keselamatan bagi menjamin keselamatan pengunjung.
Alamat: 49, 256, Bandar Alor Setar, 05460 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Jumaat (tutup), Sabtu – khamis: 9am–6pm
Lokasi | Laman web | Facebook | Email | Ulasan Bisnes
7. Pohon Mas, Jalan Kota
Pohon Mas juga mempunyai beberapa cawangan lain iaitu di Bayan Baru dan Ipoh. Pemohon haruslah bumiputera dan berumur 21 tahun ke atas. Kakitangan swasta, kerajaan dan pencen layak memohon. Pinjaman wang berlesen Alor Setar ini tidak akan menerima permohonan dari mereka yang telah disenarai hitam, anggota polis, pengawal keselamatan, tentera, atau institusi kewangan. Faedah dikenakan sebanyak 1.5% dan pinjaman dibenarkan bermula dari RM1000 sehingga RM5000.
Alamat: 1570, Jalan Kota, Alor Malai, 05200 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Sabtu & ahad (tutup), Isnin – jumaat: 8am–6pm
8. Superior Dealer Movers Sdn Bhd, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Hamid
Superior Dealer Movers Sdn Bhd menawarkan pinjaman tanpa sebarang bayaran pendahuluan atau pemprosesan. Jadual pembayaran untuk pinjaman wang berlesen Alor Setar turut disediakan untuk anda bagi memudahkan urusan pembayaran. Anda juga boleh menyelesaikan hutang di syarikat lain dan memperoleh wang secara tunai. Kadar faedah dan ansuran bulanan yang rendah. Pinjaman ditawarkan bermula dari RM1000 dan sebarang pertanyaan anda boleh berhubung terus dengan syarikat ini.
Alamat: No.68, Susuran Sultan Abdul Hamid 1A, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Taman Sultan Badlishah, 05050 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Ahad (tutup), Isnin – jumaat: 10am–6pm, sabtu: 10am–4pm
9. Koperasi Kowamas, Taman Sultan Badlishah
Koperasi Kowamas menawarkan Pinjaman Peribadi Koperasi untuk kakitangan kerajaan dan awam. Pemohon haruslah berumur antara 20 hingga 58 tahun dan minimun gaji ialah RM1500. Permohonan pinjaman yang mudah dan kakitangan Koperasi Kowamas akan membantu memproses permohonan anda sehingga pinjaman diluluskan. Pelanggan turut memberikan ulasan yang bagus dan Koperasi Kowamas berdekatan dengan Pusat Perkhidmatan Pelanggan Astro.
Alamat: 4, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Taman Sultan Badlishah, 05050 Alor Setar, Kedah
Waktu Operasi: Sabtu & ahad (tutup), Isnin – jumaat: 9.30am–10.30pm
Lokasi | Laman web | Email | Ulasan Bisnes
Pinjaman wang berlesen Kulim
10. Pinjam Gadai, Jalan Tungku Putra
Pinjaman Gadai merupakan perkhidmatan pinjaman wang berlesen Kulim dan gadai emas di bawah Syarikat Sri Guan Teik Credit Sdn Bhd. Syarikat ini juga pernah mendapat Asia Top Business Award dari segi sektor kewangan pada tahun 2017. Di samping itu, syarikat pinjaman wang berlesen Kulim juga menerima Super Excellent Brand Award pada tahun 2016. Pemohon pinjaman bercagar akan menikmati kadar faedah 18% setahun. Manakala, pelanggan yang memohon pinjaman bercagar pula akan memperoleh faedah sebanyak 12%. Selain itu, pinjaman tanpa cagaran hanya untuk pekerja kerajaan, penerima Perkeso dan pesara. Keistimewaan syarikat ini adalah mereka menawarkan pinjaman bercagar emas untuk 18 tahun ke atas. Individu terbabit akan memiliki barangan kemas setelah selesai membayar pinjaman. Pinjaman wang berlesen yang boleh dipercayai dan mendapat ulasan bagus daripada pelanggan.
Alamat: 159-F, Jalan Tunku Putra, Kulim Town, 09000 Kulim, Kedah
Waktu Operasi: Jumaat (tutup), Sabtu – khamis: 9am–6pm
Lokasi | Laman web | Facebook | Email | Ulasan Bisnes