Zoo & Taman Haiwan di Kuala Lumpur

Bagi yang inginkan aktiviti melihat binatang atau haiwan yang unik ketika melancong ke Kuala Lumpur, di sini menawarkan beberapa destinasi menarik yang boleh dilawati. Salah satu tempat yang paling lengkap untuk aktiviti ini dan tidak jauh dari KL adalah ke Zoo Negara yang terletak di Ampang, Selangor.


Untuk senarai tempat tarikan taman binatang dan haiwan di bawah, kesemuanya berada di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kebanyakan destinasi di bawah memerlukan tiket bayaran dan anda dinasihatkan untuk semak harga tiket terkini serta jadual pertunjukan khas untuk pelawat di setiap destinasi sebelum melawat agar anda tidak terlepas dengan show-show yang menarik.


Aquaria KLCC

aquaria klcc kuala lumpur

Kalau ada bajet lebih, bolehlah datang ke sini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup untuk melihat pelbagai jenis spesis hidupan marin laut dalam yang diletakkan di dalam aquarium yang sangat besar. Antara spesis yang pasti membuatkan anak-anak teruja adalah jerung. Sekiranya anda seorang penyelam yang berlesen, bolehlah mencuba aktiviti scuba diving di dalam aqurium di sini seperti aktiviti Dive with Shark.


Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park)

taman burung kuala lumpur kl

Satu tarikan pelancongan yang sangat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara untuk melihat sendiri lebih dua ribu ekor burung dari dua ratus spesis yang pelbagai. Dan yang menariknya, konsepnya adalah taman burung terbuka di mana anda boleh terus berinteraksi dengan burung-burung di sini tanpa halangan sangkar. Hanya beberapa spesis burung yang dikategorikan agak agresis yang dikurung seperti helang dan burung hantu.


Taman Rama-Rama

tarikan zoo taman haiwan kl

Dikatakan taman rama-rama ini adalah yang terbesar di dunia dengan berkeluasan lebih 80000 kaki persegi yang menempatkan lebih 5000 ekor rama-rama yang hidup termasuk dengan tumbuh-tumbuhan eksotik yang berfungsi sebagai habitat binatang comel ini. Tarikan haiwan lain yang ada di sini ialah penyu, serangga-serangga eksotik, Japanese koi fish dan juga sebuah muzium yang menempatkan koleksi mega rama-rama dan serangga-serangga pelik dari seluruh dunia.


Blue Coral Aquarium

tempat percutian menarik kanak kanak kl

Akuarium yang terletak di Menara Kuala Lumpur ini juga menempatkan pelbagai jenis ikan laut dalam yang berwarna-warni. Akuaria di sini memang tidak sebesar yang ada di Aquaria KLCC namun masih boleh dianggap besar dan ikan-ikan di sini juga lebih berwarna warni dan comel. Kalau anda berkunjung untuk naik Menara KL, jangan lupa untuk singgah di sini bersama anak-anak.


Taman Rusa dan Kancil

taman rusa kancil tasik perdana

Tarikan haiwan dan populariti destinasi ini memang tidak sehebat di Zoo Negara. Namun sekiranya anda hanya ingin tengok binatang seperti rusa dan kancil dengan lebih dekat dan secara percuma, jangan lupa singgah di sini. Terletak hanya bersebelahan dengan satu lagi tempat menarik di KL iaitu Taman Tasik Perdana.


Itulah dia beberapa tarikan pelancongan taman haiwan yang boleh dikunjungi kalau anda bercuti ke Kuala Lumpur. Yang menariknya, jarak destinasi-destinasi ini antara satu sama lain tidak jauh malah anda boleh berjalan kaki atau menggunakan kenderaan awam. Sekian Wassalam.


Sila Komen

Sila SHARE