Harga Tiket Wet World Shah Alam TERKINI

Harga Tiket Wet World Shah Alam TERKINI

Sejak GST diperkenalkan April 2015, majoriti harga-harga tiket di taman tema air di Malaysia dilihat ada sedikit kenaikan daripada harga asal dan begitu juga dengan harga tiket Wet World Shah Alam.

Sebelum April 15, harga tiket untuk seorang dewasa yang ada MyKad hanya RM 20 manakala bagi kanak-kanak hanyalah RM 16. Bagi anda yang bercadang untuk membawa anak-anak bermandi manda di Wet World Shah Alam pada cuti sekolah atau weekend, sila lihat harga tiket dan maklumat penting lain yang perlu anda tahu di bawah.

Senarai harga tiket Wet World Shah Alam 2015

Berikut merupakan harga tiket terkini di Wet World Shah Alam bagi warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad dan MyKid.

  • Dewasa – RM 25.00
  • Kanak-kanak – RM 20.00

Harga tiket Wet World Water Park Shah Alam bagi pelancong asing:

  • Dewasa – RM 35.00
  • Kanak-kanak – RM 30.00

Syarat dan Waktu Operasi Wet World Water Park Shah Alam

  • Kategori dewasa ialah mereka yang berumur 12 tahun ke atas dan ketinggian lebih daripada 130 cm
  • Kategori kanak-kanak adalah yang berumur 5-12 tahun dan berketinggian di antara 90-130 cm.
  • kategori bayi/kanak-kanak bawah 5 tahun dan ketinggian kurang 90 cm, kemasukan adalah percuma.
  • Harga-harga di atas adalah tidak termasuk dengan kos sewa lain seperti Cabana, tubes dan Locker.
  • Semua harga tiket sudah termasuk dengan cukai 6%.
  • Pengunjung boleh menggunakan kemudahan di Waterpark daripada pukul 10 pagi sehingga ke 6.30 petang.
  • Makanan luar tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam.

Selain harga tiket bagi individu, Wet World Shah Alam juga menawarkan pakej untuk agensi, badan korporat dan menjalankan aktiviti seperti karnival, teambuilding, hari keluarga dan acara korporat.

Apa yang menarik di Wet World Shah Alam

Wet World Water Park Shah Alam ini terletak berlatarkan pemandangan Taman Tasik Shah Alam dan dibina dengan ciri kesalamatan untuk para pengunjung terutamanya kanak-kanak. Paras air di sini semuanya tidak melebihi kedalaman satu meter jadi ianya selamat untuk kanak-kanak.

Antara jenis permainan menarik yang ada di Wet World Shah Alam:

  • Cascading Waterfalls,
  • Big Splash
  • Neptune Challenge
  • Tunnel Water Slide
  • Atlantis City
  • Fountain of Youth
  • Lighthouse Escape

Walaupun Wet World Shah Alam dibina khususnya sebagai tarikan untuk kanak-kanak, tidak bermakna permainan air yang ada di sini tidak ada yang sesuai untuk orang dewasa. Banyak juga permainan di sini yang boleh dianggap agak ekstreem dan menyeronokkan yang pasti membuatkan jantung anda berdebar.

Nak tahu apa lagi yang menarik di sini dan suasana ketika pengunjung di Wet World Water Park Shah Alam, sila lihat video menarik di bawah.

sumber video: Wet World Water Park Shah Alam

Beroperasi pada 10.00 am – 6.00 pm dan ditutup pada setiap hari Rabu kecuali pada cuti sekolah dan cuti am.

Alamat: Taman Tema Air Wet World, No. 3A, Persiaran Dato’ Menteri, Sek.14, 40000 Shah Alam, Selangor D.E.
Tel: +6 03 5513 2020
Fax: +6 03 5510 7619

Koordinat Wet World Water Park Shah Alam: lat/lng: 3.071929,101.512505

Seperti di kebanyakan taman tema air yang lain, harga tiket Wet World Shah Alam bukan sahaja kos yang perlu dibayar. Anda juga perlu sediakan wang lebih untuk tujuan sewa tube, cabana dan locker. Selain itu makanan dan minuman cuma boleh didapati di dalam dan makanan dari luar tidak dibenarkan di bawa masuk.

14 thoughts on “Harga Tiket Wet World Shah Alam TERKINI”

  1. saya dari rumah anak yatim di melaka cadangan nak bw pelajar ke sana tapi kami dah cuba hubungi dari hari isnin hingga hari ini rabu masih x ada jawapan sila call kami 06-3513106 atau email pada kami sebut harga ke raysspp@gmail.com

Leave a Comment