Pinjaman Peribadi, Loan 10K, dapat 10K!

Promo Raya dgn Kadar Terendah!

10 Fasiliti Am di Krabi Anda Patut Tahu Sebelum Bercuti

Pengalaman percutian yang bermakna dan hassle-free adalah pengalaman yang diingini ramai pelancong. Krabi, sebuah bandar terkenal di Selatan Thailand, menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang menarik dan berbaloi untuk dilawati. Bagi melancarkan perjalanan percutian anda ke Krabi, terdapat beberapa kemudahan atau fasiliti am di sekitar bandar yang perlu anda ambil perhatian.


10 Fasiliti Am Penting Untuk Anda Tahu Apabila Bercuti di Krabi

1. Pengangkutan Awam

fasiliti-am-di-krabi
Kredit Gambar: commons.wikimedia.org & flickr.com

Pengangkutan awam adalah salah satu kemudahan yang sangat penting dalam semasa merancang percutian di Krabi. Antara perkhidmatan yang available adalah:

  • Bas
  • Songthaew
  • Tuk Tuk

Selain itu, perkhidmatan GrabCar dan motor teksi juga memberikan kemudahan untuk berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain dengan pantas dan selesa. Terdapat juga kedai yang menyediakan kemudahan kereta atau motorsikal sewa kepada penduduk tempatan dan sesuai untuk pelancong yang merancang perjalanan jauh.

Hotel Terdekat 


2. Penginapan 

fasiliti-am-di-krabi
Kredit Gambar: holidayresortkrabi.com & amari.com

Pelancong yang ingin mempermudahkan perjalanan cuti mereka di Krabi perlu mempertimbangkan pelbagai pilihan penginapan di sini. Bandar ini menyediakan pelbagai jenis penginapan, dari hotel mewah bertaraf 5 bintang hingga penginapan bajet yang lebih ekonomikal bergantung kepada bajet anda. Terdapat juga pilihan penginapan yang terletak berdekatan dengan tarikan pelancongan utama di Krabi, memberikan kemudahan perjalanan serta menjimatkan masa untuk bergerak ke setiap satu destinasi percutian.

Berikut adalah beberapa penginapan yang boleh anda pilih di Krabi: 

Jika anda merancang untuk melancong ke Krabi semasa percutian honeymoon, klik sini!

Hotel Terdekat


3. Pusat Membeli Belah & Kedai Makan

fasiliti-am-di-krabi
Kredit Gambar: hotels.com & trip.com

Pusat membeli belah dan kedai makan yang pelbagai adalah fasiliti lain yang sangat penting semasa bercuti di Krabi. Bandar ini menawarkan pelbagai pusat membeli-belah yang menjual berbagai jenis barangan dari moden ke tradisional, pakaian trendy, hingga cenderamata yang murah. Pasar tempatan seperti Krabi Town Night Market, Vogue Shopping Center dan Ao Nang Landmark Night Market sering menjadi tumpuan shopaholic di sini.

Pelancong dapat menikmati pengalaman membeli-belah untuk memenuhi keinginan mereka, sama ada untuk mendapatkan cenderahati atau kenang-kenangan dari sini. Selain itu, terdapat juga restoran tempatan yang menyajikan hidangan tempatan yang lazat dan authentic. Antara tempat makan yang berbaloi dikunjungi adalah @Ao-Nang Krabi, Halal Sofeya Tara Krabi dan Rabiangsuan Restaurant.

Hotel Terdekat 


4. Pusat Kesihatan & Hospital 

fasiliti-am-di-krabi
Kredit Gambar: Google Travels & cavinteo.blogspot.com

Terdapat beberapa hospital dan klinik yang menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada penduduk tempatan dan pelancong. Jika berlaku kecemasan atau masalah kesihatan, pelancong dapat mencari bantuan perubatan dengan mudah dan pantas. Fasiliti kesihatan ini memberikan a sense of security kepada pelancong, dalam pada masa yang sama menjamin keselamatan dan kesejahteraan mereka semasa bercuti di Krabi. 

Beberapa pusat kesihatan dan hospital di kawasan Krabi:

Hotel Terdekat


5. Bank dan Mesin ATM

fasiliti-am-di-krabi
Kredit Gambar: asianbankingandfinance.net & flickr.com

Krabi menyediakan kemudahan perbankan yang lengkap sebagai fasiliti umum untuk kegunaan pelancong yang memerlukan perkhidmatan kewangan semasa berada di bandar ini. Bank dan mesin ATM seperti Siam Commercial Bank atau ATM Krungsri Bank boleh dijumpai dengan mudah di pelbagai lokasi serata Krabi. Dengan jumlah yang banyak dan akses yang mudah kepada mesin ATM dan bank, pelancong dapat menguruskan kewangan mereka dengan mudah sepanjang percutian. Kewujudan fasiliti ini memberikan keselesaan kepada pelancong, memastikan mereka sentiasa mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan yang diperlukan.

Hotel Terdekat 


6. Kedai Serbaneka 

fasiliti-am-di-krabi
Kredit Gambar: cktravels.com & brandbuffet.in.th

Kedai serbaneka seperti Tops Daily Soi Khao Keaw, Makro Food Service, dan Mother Marché Supermarket 5 merupakan beberapa fasiliti umum yang memudahkan perjalanan percutian di Hat Yai. Kedai-kedai serbaneka ini terdapat di pelbagai kawasan di bandar Krabi, memberikan keselesaan kepada pelancong untuk mendapatkan keperluan harian mereka atau stok makanan snek dengan mudah. Kedai serbaneka seperti 7-Eleven yang beroperasi 24 jam dan buka setiap hari adalah satu kelebihan yang memberi kemudahan ekstra kepada pelancong semasa melancong di sini.

Kedai serbaneka ini menjual makanan ringan, minuman, barangan harian, produk kebersihan, produk kecantikan, dan banyak lagi. Selain itu, kedai-kedai ini juga menawarkan khidmat pengisian semula kredit telefon mudah alih, topup kad SIM, dan perkhidmatan pengiriman wang. Fasiliti seperti ini memastikan pelancong dapat bercuti dengan lebih teratur dan tanpa kekurangan keperluan harian.

Hotel Terdekat


7. Keperluan Bagi Pelancong Muslim

fasiliti-am-di-krabi
Kredit Gambar: Preecha Zaki & Syukri Adli on Google Maps

Tanggungjawab sebagai individu beragama Islam tidak sepatutnya dilupakan walaupun semasa bercuti. Krabi menyediakan fasiliti am yang memudahkan pelaksanaan ibadah, seperti masjid, restoran halal, dan kedai-kedai yang menjual barang-barang keperluan agama. Pelancong Muslim dapat menjalankan ibadah dan memenuhi keperluan agama mereka dengan mudah dan selesa semasa berada di Krabi. 

Antara masjid yang sering  tempat persinggahan bagi pelancong Muslim: 

Hotel Terdekat 


8. Tempat Rekreasi

kemudahan
Kredit Gambar: Mattist Pong & Chanapon C. on Google Maps

Krabi menawarkan kemudahan rekreasi sebagai salah satu kemudahan am di dalam bandar tersebut. Tempat-tempat ini sesuai untuk anda melakukan aktiviti seperti island-hopping dengan menikmati pemandangan air laut yang menakjubkan. Tempat ini juga menyediakan peluang untuk berehat bersama penduduk tempatan dan menjalin interaksi mesra dengan mereka.

Beberapa destinasi yang wajib dikunjungi di Krabi:

Hotel Terdekat


9. Tempat Urut

kemudahan
Kredit Gambar: Patrick Goh & Isaya Massage on Google Maps

Kemudahan yang sangat sinonim dengan daerah Krabi ialah kemudahan tempat urut yang boleh dijumpai di mana mana sahaja sepanjang jalan di bandar ini. Selain Thai traditional massage, tempat-tempat ini juga menawarkan pelbagai jenis servis lain termasuk manicure dan pedicure atau servis rambut braids. Rugilah jika anda ke Krabi tetapi tidak merasai pengalaman urut yang world-class di sini.

Antara tempat urut yang terkenal: 

Hotel Terdekat 


10. Lain-Lain Kemudahan

kemudahan
Kredit Gambar: Nemen Wilson & Wansom Thanasakol on Google Maps

Lain-lain kemudahan yang juga terdapat di Krabi ialah Krabi Police Station untuk tujuan menjaga keselamatan negeri jika berlaku kejadian yang boleh mengancam nyawa penduduk tempatan dan pelancong. Banyak juga servis perkhidmatan aktiviti yang boleh ditempah di sini iaitu Port Takola Yacht Marina & Boatyard Krabi dan Sea Gypsy Divers atau Aqua Vision 5 Star IDC Dive Center untuk pelancong yang memerlukan bantuan khidmat dari diving instructor yang berpengalaman.

Hotel Terdekat


Secara keseluruhannya, Krabi menawarkan tarikan utama kepada pelancong dan juga menyediakan fasiliti am yang sangat berguna kepada penduduk tempatan dan juga pelancong asing. Percutian di Krabi pasti menjanjikan pengalaman yang seronok dan bermakna kepada semua.

Jadi, tunggu apa lagi? Mari kita bercuti di Krabi!

Rate this post

Anda Mungkin Berminat

10+ Pantai Tumpuan Pelancong di Krabi

Di Krabi, Thailand, anda akan ditemukan dengan keindahan pantainya yang memukau. Tahukah anda? Terdapat 13 pantai yang menarik menjadi tumpuan pelancong yang menunggu anda...

Krabi: Destinasi Istimewa buat Pencinta Alam

Destinasi yang menakjubkan yang terletak di pantai barat Thailand, Krabi, adalah suatu keajaiban alam yang telah menawan hati ribuan pelancong yang mengunjunginya. Dikenali dengan...

7 Tempat Massage Thai & Spa Selesa Terbaik Di Krabi!

Thailand, negara tumpuan pelancong terkenal dengan Traditional Thai Massage dan rawatan spa yang efisien dan ideal untuk memanjakan diri anda ketika melancong di sana....

6+ Destinasi Menarik Berbaloi Dilawati Di Bandar Krabi

Krabi, sebuah bandar yang menarik untuk dijelajahi sangat terkenal dengan keindahan pantai-pantai yang memukau. Tahukah anda? Terdapat banyak tempat menarik yang berbaloi untuk dilawati...

15+ Restoran & Kedai Makan Mesra Muslim / Halal di Krabi

Thailand merupakan antara destinasi pelancongan yang mempunyai jumlah bilangan penduduk Muslim tertinggi terutamanya di kawasan selatan iaitu di daerah Krabi. Maka, tidak susah untuk...

Info Penting Khas Untuk Percutian Honeymoon Di Krabi!

Setiap pasangan pasti menginginkan destinasi percutian bulan madu yang sempurna dan penuh privasi untuk meluangkan masa yang berharga bersama orang tersayang. Krabi, Thailand merupakan...
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Hubungi Kami

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x