Jalan Jalan & Makan Makan di Cari Destinasi

Assalamualaikum & selamat datang. Adakah anda mencari idea tempat menarik untuk makan angin, bercuti, melancong ataupun restoran yang best untuk makan-makan ? Sekiranya jawapannya YA maka anda sedang menerjah laman web yang betul.

Terokai setiap bahagian di bawah untuk rujukan kita semua dan komen serta perkongsian anda tentang apa-apa destinasi yang anda tahu dan pernah lawati sangat-sangat dialu-alukan.


Destinasi & Tempat Menarik di Setiap Negeri di Malaysia

Terokai destinasi menarik yang ada di setiap negeri di bawah untuk mencari idea aktiviti menarik apa nak buat dan apa yang boleh anda jangkakan kalau sudah terlanjur sampai ke negeri-negeri di Malaysia ini.

tarikan pelancongan di melaka

Negeri yang dipelopori oleh Parameswara ini menawarkan pelbagai destinasi pelancongan yang unik & mempunyai nilai sejarah yang tinggi serta diiktiraf dunia sebagai salah satu bandar warisan dunia.

Melaka >

tourism di pulau pinang

Destinasi yang sangat terkenal dengan aneka makanan tempatan yang menarik untuk dicuba dan mempunyai banyak tarikan pelancongan yang sesuai untuk yang berkeluarga atau untuk destinasi berbulan madu.

Penang >

tarikan pelancongan di kuala lumpur

Ibu kota utama Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis destinasi menarik yang moden sesuai untuk kanak-kanak serta merupakan syurga untuk kaum hawa melakukan aktiviti membeli belah.

Kuala Lumpur >

panduan tempat menarik di selangor

Selangor mempunyai banyak destinasi percutian pelbagai jenis baik destinasi membeli belah, tarikan alam semulajadi seperti air terjun, kolam air panas serta tarikan resort-resort romantis.

Selangor >

Semak pelancongan semua negeri >


Mencari Penginapan di Platform Terbaik ?

Tidak seperti zaman dahulu yang tidak berteknologi seperti sekarang, proses mencari dan memilih penginapan samaada hotel, chalet, rumah tamu, homestay ataupun resort pada masa kini sangat mudah dan menjimatkan masa. Untuk mencari penginapan seperti hotel, resort ataupun chalet sangat dicadangkan untuk menggunakan platform yang berkredibiliti tinggi seperti Agoda ataupun Booking.com. Namun sekiranya anda ingin mencari rumah tamu atau lebih sinonim dengan nama homestay, anda boleh menggunakan platform Airbnb.

tempah penginapan menarikAgoda merupakan sebuah laman web yang membolehkan pelawat menempah penginapan seperti hotel dan resort secara online. Agoda juga boleh dikatakan antara platform terbesar di dunia untuk mencari penginapan di setiap pelosok dunia. Untuk tempah hotel di Agoda, anda boleh bayar kemudian semasa check-in atau terus menggunakan kad kredit untuk buat tempahan. Namun pilihan bayar kemudian bergantung kepada sesetengah penginapan sahaja. Walaupun menggunakan kredit kad untuk buat tempahan, ada sesetengah hotel yang meminta wang deposit sebagai cagaran yang perlu dibayar tunai semasa check-in & dipulangkan kembali semasa check-out. semak halaman >

hotel chalet murah onlineSeperti juga Agoda, Booking.com juga merupakan laman web yang menawarkan kemudahan untuk menempah penginapan seperti hotel atau resort secara online. Booking.com juga merupakan pesaing rapat Agoda dalam industri tempahan hotel secara online dan mempunyai lebih 800,000 pilihan penginapan di seluruh dunia. Seperti juga Agoda, anda boleh memilih untuk menempah hotel tanpa perlu membayar apa-apa terlebih dahulu dan hanya perlu membuat bayaran ketika check-in di hotel sahaja. semak halaman >

penginapan homestay bajet malaysiaAirbnb bukanlah seperti Agoda atau Booking.com yang menyediakan perkhidmatan tempahan hotel secara online, tetapi lebih kepada tempahan online rumah tamu (homestay) yang majoritinya diusahakan oleh orang persendirian. Sekiranya anda inginkan kelainan mencari penginapan selain hotel dan inginkan sesuatu penginapan yang unik di mana-mana sahaja dalam serta luar negara, bolehlah mencuba untuk menggunakan Airbnb yang sangat selamat dan menjimatkan masa anda. semak halaman >

Tidak kira apa jua pilihan platform yang anda gunakan di atas, sila pastikan untuk baca ulasan atau review tetamu yang sudah menginap di destinasi penginapan pilihan anda. Seperti yang sedia maklum, rata-rata platform menawarkan harga pada kadar yang lebih murah sekiranya tempahan dilakukan awal-awal.


Cerita-cerita baru di CariDestinasi ?

Cerita terkini di CariDestinasi tentang tempat menarik samaada untuk jalan-jalan, makan-makan dan juga berita pelancongan. baca lagi >